Monday, August 26, 2013

WACANA TERSIRAT ?

WACANA TERSIRAT ?
AGENDA TERSEMBUNYI ?

Namewee cetus kontroversi lagi
dahulu 'Negaraku' beliau 'gegari'
konon tiada niat jahat sembunyi
agenda tersirat makin jelas kini

Tidak ikhlas mohon maaf zahiri 
cakap dan buatan beliau melukai
tak wajar di bumi Malaysia ini
caragaya rasis beliau pelopori

Dalam ketawa penonton racuni
maruah kaum bukan cina cemari
kepada orang melayu disasari
adengan 'kencing' melayu jajai

Kalau tiada agenda tersembunyi
yang kencing ,orang cina lakoni
eloknya pelakon cina juga sasari
boleh filem 'kara king' tak sangsi

Mungkinkah mesej mahu sisipi
'kurang ajar' pada melayu amali
unsur semai perpaduan hendaki
sesama warganegara harmoni

Apakah yang namewee hajati
hanya bukan melayu junjungi
orang melayu bahan untuk buli
wacana namewee perlu dihenti

Pada warganegara yang sejati
Halatuju namewee pupuk benci
tak wajar cetus lagi kontroversi
perlu tindakan tegas dan berani

serling
26.08.2013
isnin
....

p/s:
MM:25.08.13:Pancaindera:
"Perlu faham wacana filem"
"Kenapa masih buta? "


No comments: