Friday, June 21, 2013

NGAPA 30 ?




NGAPA 30 ?
TUAH ANGKA ?

Angka tiga puluh gema lagi
Selepas PRU12 didendangi
Bilangan YB BN yang dicari
Tanggal 16 Sept 2008 laungi

Alhamdulillah Allah halangi
Tidak jadi Perdana Menteri
'Kaedah paling tadah' jejaki
Bijaksana YB BN hindar diri

Selepas PRU13 helah terkini
Blackout 505 jenama pelopori
Putusan PRU13 sengaja nafi
Tuduh SPR dan BN khianati

Antara tuntutan  Anwar jajai
30 kawasan undi sekali lagi
Pasti kaedah tokok kerusi
Kerusi BN menangi disasari

Belum pun Perdana Menteri
Semua perkara ikut rasahati
Undang-undang tidak peduli
Aturan rimba, anwar pelopori

Jika benar si Anwar maklumi
 'angkat sumpah' akan hadiri
Bagai air ludah jilat kembali
Bila DAP dan Pas tegas hadiri

Telah jelajah beberapa lokasi
Sokongan rakyat hanya minoriti
Kini kaedah 'flashmob' warnai
Isyarat kurang sambutan jadi

Jika benarlah Anwar baik hati
Hentikan segera kerja bohongi
Himpunan haram usah lakoni
Cukup menipu penyokong parti

Jikalau angkat sumpah dihadri
Erti Keputusan PRU13 diakui
Tak relevan seperti gemburi
Bagai lidah biawak diwarnai

Serling
(22.06.13)
Sabtu
...


No comments: