Wednesday, August 29, 2012

KITA MATANG ?


KITA MATANG ?
REALITI 55 TAHUN ?

Hari jumaat bakal menjelma
31 ogos ulangtahun merdeka
Usia negara matang dewasa
Terdapat rakyat berbuat lupa

Salah guna minda Allah kurnia
Ketaksuban melampau peraga
Pada pimpinan parti beragenda
Kejar kuasa melalui pilihanraya

Kerusi majoriti perintah negara
Peringkat negeri pun sama juga
Lima negeri pakatan berkuasa
Akhirnya Perak balik BN semula

Pembohongan agong ingat kita
16 September 2008, anwar jaja
Anwarlah PM Malaysia tecinta
Kata banyak YB BN sokong dia

Pak Lah diasak bagi dinyahnya
Bijak UMNO/BN atasi perkara
Muncul najib selamat negara
PM Mat jenin, anwar layaknya

Percaya pada najib bijaksana
1Malaysia, slogan dan jenama
Tranformasi buat rakyat jelata
Jadikan NKRA  pengukurnya

“Janji ditepati” tema merdeka
Negeri pakatan, berbeza tema
Janji PRU12 banyak yang tiada
Hanya lima belas peratus ada

Janji manifesto PRU13 peraga     
Pamer janji dalam Buku Jingga
Jelas benar janji tak nak kota
“janji ditepati” takut perguna

Jatuh ke tangan pakatan, bala
Banyak hal berlaku negeri depa
Kepada persekutuan, tak mesra
Politik tidak matang begitu rupa

Menjelang ulangtahun merdeka
Bersatulah kita rakyat Malaysia
Sambutlah walau fahaman beza
Politik semasa pilihanraya saja

serling
[29.08.2012]
rabu

1 comment:

admin jakamas said...

Sudah tentu tidak matang kalau asyik berhimpun di jalanan.