Thursday, June 21, 2012

BOLEH CAYA ?

BOLEH CAYA ?
TUTUP PEKONG ?

Dedahkan satu demi satu                       
Mereka bagaikan bersatu
Dahulunya bos, kini seteru
‘kancil’ bagai dicabut bulu

Ceramah kancil merata-rata
Busuk kaedah BN konon ada
Rasuah dan salahguna kuasa
RM3 billion jadi tanda tanya

Meneliti kancil hadapi bicara
Penafian mudah si kancil jaja
Kerna fitnah, dia jadi mangsa
Begitu penyokong tegar caya

Berapa lamakah boleh kaburi
Berlagak bersih empunya diri
Minda penyokong bagai mati
Tiap patah kancil tetap cayai

Adakah gerakan  TIBAI warnai
Juga bekas kawan kancil jajai
Buat kancil tiada pilihan lagi
Samalah kita tunggu apa jadi

Lembut nada konon setuju
Di Dewan Rakyat beritahu
Sedia disiasat jikalau perlu
Gaya main catur geraklaku

Serling
[21.06.12]
Khamis
…….

p/s:.
UM:21.06.12:khamis:
“anwar sedia disiasat dakwaan RM3 billion”

No comments: