AJARAN SESAT ?
NILAI MURNI DISISIH ?
Guru semai nilai-nilai murni
Di sekolah murid mengikuti
Namun jumpa buruk pekerti
Disiplin sekolah depa cemari
Engkar disiplin mudah kenali
Guru dan murid tak dipeduli
Cakap dan buat ikut sukahati
Peraturan ada tidak hormati
Kumuniti luar sekolah temui
Gambaran yang sama alami
Undang-undang dilanggari
Mereka kelompok minoriti
Ngapakah demikian terjadi
Taksub pemimpin mewarnai
Budaya kita sengaja engkari
Dalam usaha kuatkan parti
Pemimpin risau dalam hati
Minda rakyat mahu pesongi
Budaya nilai buruk aplikasi
Pakatan Rakyat berstrategi
Mereka menipu lafaz janji
Hanya buat tarik pengundi
Realiti tidak boleh penuhi
Yang tertipu mengigit jari
Tak perlu mengenang budi
Amalan sesat yang berduri
Bakal terkena diri sendiri
Dorong anak sendiri ikuti
Berhutang tidak dihalangi
Lagak sendiri yang punyai
Tidak perlu bayar kembali
PTPTN sasar pupuk benci
Anak dan keluarga pancingi
Dalam usaha pikat pengundi
Pendidikan percuma laungi
UNISEL jadi hikmah bukti
Jelas tidak semudah berjanji
Buruk sifat tak kenang budi
Semua hutang lebel liabiliti
Berkewajipan bayar kembali
Serling
[25.06.12]
Isnin
…..
p/s:
BM:24.06.12:Ahad:
“Tiga nilai buruk Pakatan”