Sunday, March 18, 2012

PUSINGAN 'U' ?

DEMI ANWAR DAN KUASA ?

Pusingan ‘U’ telah merakami
Merujuk pada kenyataan hadi
Dulu benci benar pada yahudi
Tidak hairan ‘fatwa’ baru kini

Tanpa ‘zionis’, prasyarat beri
Kebebasan berniaga maklumi
Realiti yahudi dan zionis selari
Putar-belit hadi memakan diri

Terlihat Pas telah anwar kuasai
Kenyataan hadi, presiden parti
Berbeza dulu yang Pas pegangi
Yahudi disebut pun jijik sekali

Ekoran laporan WSJ merakami
Hal Israel, negara milik yahudi
Lemah nik aziz, anwar kencingi
Kelentongan anwar tak kesani

Ke mana laluan Pas ingin tujui
‘Kebajikan’ ganti ‘Islam’ laungi
Konon ‘Pas for all’ lebih tepati
Demi kuasa dan anwar dijajai

Peringkat awal Putrajaya lalui
Tidak akan rakyat cepat lupai
Pas lelong jika PRU dimenangi
Ngapa ingin ‘miliki’ suara kini

Kaedah ludah ke langit pameri
Jilat balik apa yang telah ludahi
Tak hairan mudah engkar janji
Janji depa buat tipu pengundi

Demi masa depan generasi
Dalam PRU13 bakal jumpai
Undilah BN amat menepati
Janji PR dulu pun kantoi lagi

serling
[19.03.12]
Isnin
……

No comments: