Wednesday, February 22, 2012

DEMI KUASA ?

ANWAR, BAI'AH DAN PAS ?

Dalam WSJ tulis anwar kata
Suara nik aziz cara terbuka
Kepada anwar beri katadua
Minta maaf atau saman saja

Tak saman WSJ anwar jaja
Minta maaf pun jelas tiada
Israel dan sekutu, dia setia
Islam dan Palestin lekehnya

Seperti sering Pas peraga
Tindakan anwar berbahaya
Suara Pas dan anwar beza
Nampak bagai sendiwara

Kaedah 'akal kancil' diguna
Maruah nik aziz dicemarnya
Tetapi nik aziz tidak terkata
Ketika mereka bersua muka

Menjelang PRU13 akan tiba
Kaedah 'bai'ah' Pas perguna
'Celaka dunia akhirat' dijaja
Hadi selaku presiden Pas kata

Apakah Pas teramat percaya
Demi halatuju dapat kuasa
Pada PKR dan DAP akur saja
Lemahnya Islam ala Pas bawa

Antara prinsip dan hajat kuasa
Hajat berkuasa halalkan cara
Benarkah Pas seperti perkata
Cemari Islam secara sengaja

Pilihan terbaik yang Pas ada
Tinggalkan 'pakatan' sahaja
Elakkan Pas terus diperkuda
Berdikari seperti sebelumnya

serling
(22.02.12)
rabu
......
P/S:
-UM:22.02.12:Rabu:
"Celaka dunia akhirat"
"Israel:Anwar, Nik Aziz tak sehaluan?"

No comments: