TABUR UMPAN ?
JANJI
TINGGAL JANJI ?
Tujuan utama
pujuk pengundi
Hati
pengundi mahu ditawani
Ibarat ikan,
pengundi dirapati
Pakatan
Rakyat bijak melakoni
DAP, PKR dan
Pas pekemas diri
Penyokong
tegar , mereka jagai
Konon jati
diri pemimpin parti
Tetap pegang
matlamat juangi
Jika pakatan
rakyat raih majoriti
Dalam PRU 13
yang pasti temui
Paling lewat
tahun depan terjadi
Buku jingga asas manifesto jajai
Belum pun PRU
13 bersama lalui
Buku Umpan
bukan jingga tepati
Sebagaimana MB selangor zahiri
Manifesto dakwanya bukan janji
Pakatan Rakyat bagai joran aksi
Tiada keperluan untuk integriti
Telan umpan, merana pengundi
Kilauan umpan tujuan meracuni
Lihatlah negeri pakatan kuasai
Majoriti janji belum pun realiti
Berbagai alasan apabila ungkiti
Jelaslah janji tipu para pengundi
Jelajah pencacai merata negeri
Dicirikan lembut lidah dari gigi
Tagih sokongan para pengundi
Tawan Putrajaya syarat penuhi
Jika kerajaan pusat depa kuasai
Segala janji ‘Buku Umpan’ akuri
Demikianlah pakatan menaburi
Dijaja anwar, perdana menteri
Anwar, hakikatnya Allah ketahui
Gambarkan diri maksum dan suci
Dibicarakan, konon dia dianiayai
Hingga bila, akal kancil menjadi
Najib sebagai PM sekarang kini
Difitnah untuk capai agenda diri
Siapa si dalang bukan rahsia lagi
Supaya Najib disungkur ke bumi
Jika majoriti rakyat masih yakini
Najib kekal sebagai PM dikasihi
Tetapi bukan ‘perahu tak bertali’
Dihanyutkan arus, sukar temui
Kepimpinan Najib masih ingini
Hinggalah beliau berundur diri
Seperti Tun M dan Pak Lah aksi
Utamakan ummah serta parti
Selamat Malaysia yang dicintai
Seruan TIBAI wajiblah sokongi
Moga Allah terus memayungi
Agama, bangsa dan Negara ini
Serling
[10.10.12]
Rabu
…..