Thursday, December 15, 2011

REALITI ATAU MIMPI ?


PAS GANTI UMNO ?

Pas ganti UMNO, strategi
Harapan Pas kuasai negeri
Dalam PRU 13 bakal jadi
Walau tarikh masih misteri

Adakah benar suatu realiti
Benarkah UMNO dibenci
Betulkah Pas harum wangi
Semua di tangan pengundi

Hasrat satu organisasi parti
Paluan Pas sinar demokrasi
Pencetus semangat para ahli
Segala kaedah tiada kecuali

Yakini kekal sediada kerusi
Kelantan masih boleh kuasai
Kedah juga demikian situasi
Senario anggota Pas dendangi

Terengganu teramat diingini
Dulu penah berMBkan Hadi
Tapi kempunan hanya sekali
Salah cara urus, rakyat benci

Masa Terengganu, Pas miliki
Perpecahan UMNO melandai
Adakah sekarang masih jadi
Jika demikian, boleh ulangi

Perpaduan UMNO jadi kunci
Terengganu dikuasai kembali
Ahmad Said jadi MB terkini
Terhadap beliau, rakyat sukai

Pahang juga Pas amat ingini
Walaupun tidak kuasai negeri
Tambahkan sedia ada kerusi
Cemar imej perdana menteri

UMNO @ BN kena hati-hati
Jangan terlalu yakin menangi
Dua pertiga dan semua negeri
Boleh capai jika utama parti

serling
[16.12.2011]
jumaat
…...

No comments: