Thursday, September 8, 2011

ADOHAI MAT SABU !

AMBOI KERASNYA HATI ?

Sebelas syawal hari ini
Nama mat sabu ungkapi
Bila mat indera junjungi
Pejuang merdeka namai

Pada anggota polis mati
Kematian mereka sindiri
Di Bukit Kepong tersaksi
Muslihat mat sabu kesani

Kenapa sekarang gegari
Setelah nikmat DAP beri
Di Pulau Pinang ada gaji
Adakah kerna jaga razeki

Nilai kredibiliti dia miliki
Rekod ada tidak sokongi
Khalwat kota baru ingati
Nombor bilik saksi lupai

Kes liwat si anwar hadapi
Si anwar timbalan PM lagi
Di Ceramah Pas menjajai
Istilah 'ALJUBURI' bibiri

Kini si anwar, dia hormati
Ketuai PR yang Pas sertai
Si anwar bebas mewarnai
Mat sabu tiada kredibiliti

Dalam PRU12 tak menangi
Tiada kerusi beliau memiliki
Tuah Muktamar Pas terkini
Kedua penting selepas hadi

Jadi timbalan presiden parti
Bukan mutlak majoriti undi
Banyak penjuru yang lagai
Hanya satupertiga sokongi

Adakah mat indera bahan uji
Reaksi rakyat sengaja gegari
Baik lawan ataupun ahli parti
Tindakan ahli Pas kita fahami

Ratusan laporan polis pameri
Makin hebat mat sabu bunyi
Sejarawan Kay Kim mezahiri
Nyata mat sabu salah peragai

Bumi mana tidak pun kecuali
Titisan hujan pernah dialami
Tak rugi jika kesilapan akui
Keras hati mudaratkan parti

Serling
(09.09.11)
Jumaat
........

No comments: