SENJATA MAKAN TUAN ?
Tiga puluh tahun berkuasa
Tumbang mubarak dipaksa
Faktor lama dan salah duga
Tonjol si anak penggantinya
Hosni Mubarak sepenuhnya
Tuah bagaikan jatuh ke riba
Dulu anwar sadat digantinya
Kena tembak di majlis negara
Selama Mesir dalam kuasanya
Banyak kali cubaan bunuhnya
Ditakdirkan panjang umurnya
Asakan rakyat, undurlah dia
Kini Mesir di bawah tentera
Penentu masa depan negara
Ketenteraman awam dijaga
Hidupan rakyat seperti biasa
Berbalik kepada negara kita
Lawan BN memusing cerita
Isu Semangat Mesir perguna
Bumi dan langit tidak sama
Silap mubarak sangat ketara
Gamal anaknya teristimewa
Jadikan pengganti siap sedia
Yang rakyat mesir tak terima
September 2010 protes mula
Walau tak besar tapi pemula
Laporan Jack Shenker dibaca
Januari 2011 marak menyala
Pakatan rakyat pun tak beza
Tika pimpinan masih kuasa
Pelapis anak sendiri disedia
Karpal, LKS dan anwar jaja
Bunga macam mesir warna
YB tinggalkan PKR nyata
PKR umpama parti keluarga
Tokok kroni si anwar suka
DAP pun dua kali lima saja
Ketika orang tua depa kuasa
Besar peranan anak mereka
Macam bukan anak perkuda
Gamal anak mubarak peraga
Dalam partinya punya kuasa
Delegasi ayahnya ikut serta
Ke amerika syarikat bergaya
Inilah yang mahu suruk rahsia
Isu lama perintah BN diguna
Belumpun lama najib berkuasa
PRU 13 bakal tetap temui kita
Sedarlah penyokong PR segera
Ciri mubarak pimpinan mereka
Sehingga bila tertutup minda
Pemimpin kalian bersendiwara
Pada mubarak nasib menimpa
Seperti daiarah peguam negara
Siasatan berbilion dakwa harta
Sebegitu bila kehilangan kuasa
Lain berlaku dalam negara kita
Walau anwar pembangkang saja
Boleh hidup mewah luar negara
Penyokongnya tidak pun curiga
Tanggal 16.09.2008 peristiwa
Tipuan anwar terbukti diwarna
PM mat jenin diberikan nama
Usah sekongkol gugat negara
Di Merlimau dan Kerdau sama
BN pertahan kerusi dimilikinya
Kempen PRK yang pasti gema
Kepada rakyat jelaskan perkara
Tingkatkan majoriti wajib hala
Petugas BN janganlah berselesa
Muslihat lawan BN wajib peka
Susut undi majoriti patut tiada
serling
[16.02.2011]
rabu
…..
p/s:
-UM;16.02.2011:rabu:
“Mubarak disiasat”
-Jack Shenker in Cairo
guardian.co.uk, Tuesday 21 September 2010 19.25 BST
“Protests in Egypt against Gamal Mubarak succession plans”
Hundreds of protesters take to streets of Cairo over widely held belief that president's son is being groomed to take over
“….. It is widely believed that Gamal, now 46, is being groomed to succeed his father, Hosni, 82, as Egypt's next ruler. The younger Mubarak accompanied the presidential delegation to peace talks in Washington this month……………”
Wednesday, February 16, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment