Thursday, December 23, 2010

DENGAR GURUH ?

AIR STEMPAYAN CURAHKAN ?

Salam sejahtera pada semua
Tahun 2011 hampiri jumpa
Semoga dipanjangkan usia
Pengalaman baru pasti ada

Walaupun usaha bagai cara
Peristiwa tahun ini ingat jua
Buruk dan baik pisah tiada
Ulangan baik amalan mulia

Kurang enak untuk dikata
Anwar dan kes liwat kedua
Setelah perguna bagai cara
Gagal cubaan halang bicara

Syabas hakim yang bijaksana
Semoga selesai putus segera
Sabar Saiful bahri hikmahnya
Ngelabah anwar nampak ada

Karpal singh si peguam utama
Tahun 1997 lain pegangannya
Miliki bukti si anwar didakwa
Kini bela anwar, peguambela

Sifat peguam sedia membela
Tertuduh bersalah peduli apa
Ringan hukuman biasa minta
Hak hakimlah hakimi perkara

Muslihat politik halatuju gaya
Visi dan misi pribadi terutama
Sesama dalam pakatan sehala
Rakyat ‘cetek akal’ dimangsa

Anwar dan karpal sendiwara
Demi survival pakatan dihala
Syukur ‘celek akal’ ramai ada
Kepada PKR ucap ‘talak tiga’

Tsunami pemilihan PKR jaja
Dulu zaid ibrahim dipujipuja
PRK hulu selangor aras duga
Tewas kepada BN pedih rasa

Timbalan presiden, zaid cuba
Anak emas anwar dilawannya
Pemilihan PKR, amat adil jaja
Terpedaya apa anwar perkata

Zaid juga ikutsama talak tiga
Kini presiden baru parti KITA
Menurut firasat analisa semasa
Tanpa si zaid, otak anwar lega

Cuma kekurangan satu perkara
Selamat kesayangan anwar rasa
Hakikat kepala anwar berjelaga
Dalaman PKR menjurus petaka

Buat tutup kelemahan melanda
Semenjak dulu hingga semasa
Petah anwar bohong berganda
Kes liwatnya dipolitikkan juga

Kepada ramai yang sering lupa
Puncak anwar bohong berganda
Konon 16.09.08 dialah PM kita
Sebaran berita ke seluruh dunia

Nampak pemilihan PKR peraga
Ketelusan proses pilihan curiga
Menang semua yang anwar suka
Calon kuat acah, jawatan digula

Konon ADIL perinsip perguna
Jawatan anwar kukubesi guna
Perlembagaan parti pun tiada
Setakat YB parlimen OK saja

Tetapi bila promosi Putrajaya
Ahli pakatan bagai ketar kepala
Sebegitu lidah anwar mengaya
Begelar ‘menteri’ ingin merasa

Kini konvensyen pakatan jaja
Program seratus hari gula-gula
Janji PRU13 bakal hebah rata
Janji PRU12 pun sengaja lupa

Focus kerusi matlamat hala
Hasrat peribadi tuju agenda
Peduli apa akan orang kata
Pentingnya diri sendiri saja

Ingat meningat bawa bahagia
Pada yang masih tak kisah aja
Vertical thingking wajib guna
Boleh kesan bohong berganda

Jikalau analogi, anwar berkata
Ibaratkan buruh di langit saja
Air di tempayan jangan persia
Dahaga kita seluruh keluarga

Bila kes liwat disambung juga
Kain rentang ‘fitnah’ usah jaja
Subahat hina mahkamah gaya
Harap AG ambil kisah perkara

Akhir kalam buat kongsisama
Punya rekod bohong berganda
Janganlah terikut cepat percaya
Dengar boleh, yakin usah ada

serling
[23.12.2010]
khamis
……..
p/s;
UM;23.12.2010;khamis
‘1Malaysia; Surat Apco Worldwide bukti anwar berbohong’
‘Hanya sedap didengar tapi tidak realistik”
‘Program 100 Hari pembangkang pembohongan besar’
‘Berjanji demi gila kuasa’

1 comment:

Wake UP! said...

Si peliwat suka berbohong,
Bak siakap senohong,
Kalau percaya negara tergadai,
Jangan jadi orang tak pandai.