Thursday, December 30, 2010

SABAR MENANTI ?

BAGAI BOLA SEPAK ?

Sabar menanti bahagia
Jaya bolasepak negara
Piala Suzuki 2010 juara
Aggreget 4-2 aras tanda

Syabas pasukan negara
Hari akhir bercuti kita
Ihsan PM kongsi suka
Sentuhan R.gopal jaya

Teringat apa najib kata
Analogi UMNO berjaya
Pasukan bolasepak guna
Kerja pasukan mesti ada

Di Jakarta tewas 5-1,peka
Lemah semangat tak rasa
Macam PRU12, BN kena
Isyarat Perak, BN semula

Di Bukit Jalil 3-0 bergaya
Isyarat pakatan lemah ada
Galas dan Batu Sapi punya
Bagaikan Tenang, BN juga

Di Jakarta, pusingan kedua
Tewas 2-1 pasukan negara
Tapi aggreget menang kita
Itukah isyarat PRU 13 jaja

Keputusan PRU 13 terasa
Di 2 negeri, pakatan kuasa
Di Pulau dan Kelante, depa
1 negeri tegar depa jangka

Tahun 2004 insafkan kita
26 Disember ingat sentiasa
21 Mac , PRU 11 bergaya
Majoriti BN amatlah lega

Kaedah bolasepak terlupa
Kapten pasukan gaya leka
Pasukan BN pamer selesa
Pasukan lawan tetap usaha

Ketika susutan BN terasa
Punahsihat maharajalela
Hujahkan kajian BN juara
Tergoda kapten terus caya

PRU 12 diada tergesa-gesa
Walau tempoh masih lama
Di 5 negeri pakatan kuasa
Pinda pasukan BN terpaksa

BN cerah kapten baru ada
Najib, kapten baru kepala
1Malaysia obor bercahaya
Pasukan BN baru berusaha

Selaku kapten najib berjaga
Awasi liabiliti dedalu serta
Pelek ada suka promosi dia
Tonjolan peribadinya utama

Semasa kapten BN, mertua
Menegurnya takut tersuara
Adainya najib sebegitu juga
BN sebelum 2008 mimpi aja

Program JOM gerak pemuda
Focus gambarnya lebih rasa
Tanpa gambarnya sikit berita
Impak kepada BN sipi sahaja

Buat difikirkan kita bersama
Kemanakah BN layar bahtera
Najib selaku kapten, terbuka
Barulah pasukan BN perkasa

Caragaya R.gopal mengena
Sabar menanti tanpa kecewa
Hanya yang terbaik bersama
Kurang serasi gugur segera

Semoga BN gagah sentiasa
Bolasepak negara umpama
Kerana najib peminat setia
Selamat BN daripada bala

Serling
[30.12.2010]
khamis
……
-UM;30.12.10:khamis:
“PM, TPM ucap tahniah kepada skuad bola sepak negara”
-BH:30.12.10:khamis:
“Piala AFF Suzuki: PM isytihar cuti umum Jumaat ini”
-SinarHarian:30.12.10:khamis:
“Harimau ceria, Garuda menangis hiba”
-Kosmo:30.12.10:khamis.
“Penantian 14 tahun berakhir”
-HarianMetro:30.12.10:khamis
'Kekecewaan kami ditebus'
-NST:30.`12.10:khamis
“We Are Asian Champions”
-TheStarOnline:30.12.10;khamis
“Cries of ‘Malaysia Boleh’ echo throughout the country”

Thursday, December 23, 2010

DENGAR GURUH ?

AIR STEMPAYAN CURAHKAN ?

Salam sejahtera pada semua
Tahun 2011 hampiri jumpa
Semoga dipanjangkan usia
Pengalaman baru pasti ada

Walaupun usaha bagai cara
Peristiwa tahun ini ingat jua
Buruk dan baik pisah tiada
Ulangan baik amalan mulia

Kurang enak untuk dikata
Anwar dan kes liwat kedua
Setelah perguna bagai cara
Gagal cubaan halang bicara

Syabas hakim yang bijaksana
Semoga selesai putus segera
Sabar Saiful bahri hikmahnya
Ngelabah anwar nampak ada

Karpal singh si peguam utama
Tahun 1997 lain pegangannya
Miliki bukti si anwar didakwa
Kini bela anwar, peguambela

Sifat peguam sedia membela
Tertuduh bersalah peduli apa
Ringan hukuman biasa minta
Hak hakimlah hakimi perkara

Muslihat politik halatuju gaya
Visi dan misi pribadi terutama
Sesama dalam pakatan sehala
Rakyat ‘cetek akal’ dimangsa

Anwar dan karpal sendiwara
Demi survival pakatan dihala
Syukur ‘celek akal’ ramai ada
Kepada PKR ucap ‘talak tiga’

Tsunami pemilihan PKR jaja
Dulu zaid ibrahim dipujipuja
PRK hulu selangor aras duga
Tewas kepada BN pedih rasa

Timbalan presiden, zaid cuba
Anak emas anwar dilawannya
Pemilihan PKR, amat adil jaja
Terpedaya apa anwar perkata

Zaid juga ikutsama talak tiga
Kini presiden baru parti KITA
Menurut firasat analisa semasa
Tanpa si zaid, otak anwar lega

Cuma kekurangan satu perkara
Selamat kesayangan anwar rasa
Hakikat kepala anwar berjelaga
Dalaman PKR menjurus petaka

Buat tutup kelemahan melanda
Semenjak dulu hingga semasa
Petah anwar bohong berganda
Kes liwatnya dipolitikkan juga

Kepada ramai yang sering lupa
Puncak anwar bohong berganda
Konon 16.09.08 dialah PM kita
Sebaran berita ke seluruh dunia

Nampak pemilihan PKR peraga
Ketelusan proses pilihan curiga
Menang semua yang anwar suka
Calon kuat acah, jawatan digula

Konon ADIL perinsip perguna
Jawatan anwar kukubesi guna
Perlembagaan parti pun tiada
Setakat YB parlimen OK saja

Tetapi bila promosi Putrajaya
Ahli pakatan bagai ketar kepala
Sebegitu lidah anwar mengaya
Begelar ‘menteri’ ingin merasa

Kini konvensyen pakatan jaja
Program seratus hari gula-gula
Janji PRU13 bakal hebah rata
Janji PRU12 pun sengaja lupa

Focus kerusi matlamat hala
Hasrat peribadi tuju agenda
Peduli apa akan orang kata
Pentingnya diri sendiri saja

Ingat meningat bawa bahagia
Pada yang masih tak kisah aja
Vertical thingking wajib guna
Boleh kesan bohong berganda

Jikalau analogi, anwar berkata
Ibaratkan buruh di langit saja
Air di tempayan jangan persia
Dahaga kita seluruh keluarga

Bila kes liwat disambung juga
Kain rentang ‘fitnah’ usah jaja
Subahat hina mahkamah gaya
Harap AG ambil kisah perkara

Akhir kalam buat kongsisama
Punya rekod bohong berganda
Janganlah terikut cepat percaya
Dengar boleh, yakin usah ada

serling
[23.12.2010]
khamis
……..
p/s;
UM;23.12.2010;khamis
‘1Malaysia; Surat Apco Worldwide bukti anwar berbohong’
‘Hanya sedap didengar tapi tidak realistik”
‘Program 100 Hari pembangkang pembohongan besar’
‘Berjanji demi gila kuasa’

Saturday, December 18, 2010

FOKUS KERUSI ?

BILA YB LUPA JANJI ?

Hidup kita di muka bumi
Lumrah punya dua fungsi
Jadi pengikut atau kemudi
Sedemikian sehingga mati

Pengikutlah puak majoriti
Hanya segelintir jurumudi
Jurumudi wibawa hormati
Kata dan buatnya mewangi

Sikap yang mulia dipatuhi
Kelakuan bebudak dijauhi
Watak matang wajib miliki
Jurumudi berkuasa diakuri

Di parlimen,speaker ketuai
Bahtera parlimen jurumudi
Semua YB wajib mengikuti
Tapi ada YB mengengkari

Mengikut tatacara kendali
Nasib empat YB dihakimi
Penentu oleh undi majoriti
Pengantungan hadir patuhi

Tanda protes depa pameri
Nota kad bertulis dicemari
Macam bebudak melakoni
Malukan rakyat mengundi

Demikian utama peribadi
Bukan jaga rakyat wakili
Budaya pakatan wayangi
Penminat tegar dibohongi

DAP, PKR dan Pas sehati
Demi visi dan misi pribadi
Kuda-menguda jelas amali
Ke arah politik sempit tujui

Syabas kepada YB zulkifli
Talak tiga pada PKR bukti
Putar belit anwar dikesani
Tidak ingin sekongkol lagi

YB zulkifli sendiri perakui
Terpedaya apa anwar zahiri
Tapi hidayah Allah ketemui
Selamat YB dan lain seperti

Semua YB adalah jurumudi
Dipilih rakyat undi majoriti
Parlimen dan DUN diwakili
Khidmat wajib rakyat nanti

Jurumudi onar kita katogeri
Manis gula, manis lagi janji
PRU12 dahulu cetus tsunami
Hikmahnya PM baru perolehi

Selaku PM baru kita terkini
Air tangan najib jurus serasi
Tepati kuah tumpah ke nasi
Ayahnya PM kedua bayangi

Najib jurumudi utama negeri
Jadi sasaran pakatan dengki
Ketua pembangkang kepalai
Berbagai helah depa pameri

Selaku jurumudi utama negeri
Jika perangkap anwar menjadi
Senasib paklah, sedia menanti
Awas punahsihat cuba yakini

Alhamdullilah hingga saat ini
Najib berupaya menjaga diri
Waspada ancaman luar parti
Kurang peka parti berliabiliti

Tidak perlu dinyata ulangkali
Sapakah yang bersifat liabiliti
Di posisi najib pernah kepalai
Si dia lebih mempromosi diri

Teringat akan PRU11 pameri
BN/UMNO cemerlang sekali
Banyak YB terlupakan situasi
PRU12 tercetus memakan diri

Geraklaku YB pakatan perhati
Buat lupa janji usah fotokopi
Rakyat bijaksana boleh hakimi
Depa bom besar, pengubat hati

Tidak mampu dibohongi lagi
16.09.2008 puncak wayangi
Bohong dalam dan luar negeri
Pakatan jaya anwar bohongi

Bila WikiLeaks juga menyiari
Jurumudi pemangkang bunyi
Suara anwar seperti dijangkai
Bersih suci dirinya dipromosi

Dengan ciri si anwar memiliki
Anwar punya agenda peribadi
Kes liwatnya sukar tepis lagi
‘kuda-menguda’ terbaik aksi

Jikalau UMNO betul berani
Bersifat liabiliti usah kasihi
Umpama gigi sakit di gusi
Cabutlah elak mudarat jadi

Punahsihat sukar kenalpasti
Kecuali kesan buruk timpai
Masih punahsihat silat lagi
Dipohon najib berhati-hati

serling
[18.12.2010]
sabtu
…….
p/s;
-UM;18.12.2010;sabtu
“Muslihat DAP”
“DAP perkudakan Anwar – Zulkifli Noordin’
‘Pembangkang biadab dan tidak bertamadun’
‘Anwar dan sekutu patut dikenakan tindakann lebih awal’
-TheStar;18.12.2010;sabtu
‘Karpal; we can’t carry our duties’
‘PR conventon to set tone for polls manifesto’

Thursday, December 16, 2010

DEDAH LAGI ?


BERNAFAS LAGI ?

Hanya baki dua minggu lagi
Tahun 2010 pasti akan pergi
Banyak peristiwa kita alami
Baik dan buruk merangkumi

Dedahan WikiLeaks dikongsi
Prihal negara kita juga jumpai
Banyak pihak tergelabah diri
Makan cili teramat pedas aksi

Kecuali singapura jernih suci
Juga negara china disanjungi
Negara lain tidak terkecuali
Jikalau membacanya ketahui

Konon PM kita buruk sekali
Kes wanita Mongolia mati
Versi puak anti najib pameri
Penyebar fitnah dikenalpasti

Dengan kes liwat kedua lalui
Berbagai cara elak dihakimi
Sebelum dan tika bicara aksi
Berbuat ‘subjudis’ kita rasai

Di luar jangka anwar hadapi
Terpampang kesnya jumpai
Dahulu puji, sekarang dikeji
Negara sahabatnya semburi

Wujudnya senjak dulu lagi
Bukanlah satu rahsia bumi
Kerja perisik demikian ciri
Jasa kepada negara sendiri

Lahir WikiLeaks ditakuti
‘yang benar buat’ wayangi
Berbagai helah dia pupuki
Supaya terbersih peribadi

Jikalau kita sanggup hayati
Singapura amal kiasu aksi
Semacam Israel ala kuasai
Ternampak jurus kuku besi

Tapi singapura pasti menafi
Dakwa jalankan demokrasi
Laksana tatacara meritokrasi
Urut dada pihak yang alami

Empunya WikiLeaks hadapi
Kes di Sweden, dia menanti
Biarkan mahkamah hakimi
Hingga bilakah bernafas lagi

serling
[17.12.2010]
jumaat
………
p/s;
UM;16.12.2010;khamis;
‘WikiLeaks dedah lagi’
‘Negara ditadbir ahli politik cekap’
‘Anwar dinasihat henti main wayang’

Thursday, December 9, 2010

‘TUTUP MULUT’ ?


MUNGKIN MAKAN DIRI ?

‘Tutup mulut’ tajuk berita
Muka satu BH jelas nyata
Kepada DSKT, AG pinta
Blog DSKT catat perkara

Boleh ‘makan diri sendiri’
Kemungkinan AG zahiri
Syabas AG segera uari
Halang DSKT lajak aksi

SPRM yang berdedikasi
Disedia enambelas saksi
Bersamalah tunggu hari
Perbicaraan akan dimulai

Setelah sebutan kes lalui
Segera DSKT mengikrari
Ke mahkamah serah diri
Akur apa putusan hakimi

DSKT diminta sabar diri
Tunggu tiga minggu lagi
Tersurat tuduhan fahami
Murah nilai DSKT dapati

Jurus tuduhan dihadapi
Adakah ‘rasuah’ warnai
Putusan Hakim tunggui
Sebelum itu, spekulasi

Tenguk kes liwat hadapi
Kali kedua DSAI melalui
Bebas yang dulu hakimi
Caragaya DSAI diulangi

Kata mangsa konspirasi
DSAI jaja seluruh negeri
Penyokong tegar yakini
Dakwaan DSAI disetujui

Kes pertama dan terkini
Tidak perasan AG bunyi
Seperti DSKT diperingati
Adakah kes DSAI diizini

Demikian ramai persepsi
Beza keskah begitu jadi
Istimewakah DSAI layani
Mereka berdua ‘DS’ miliki

Dilihat cara DSAI pameri
SU PKR ikut tandatangani
Belum bicara, kata inayai
Budaya baru pra dihakimi

Luar mahkamah dicemari
Kain rentang ‘fitnah’ jajai
Bagaikan diizinkan terjadi
Persenda mahkamah uari

Mejunjung kehakiman kita
Harap AG perhati perkara
Dalam DSAI proses bicara
Terlihat DSAI bebas suara

serling
[09.12.2010]
khamis
…..
-BH;09.12.2010:khamis:
“Tutup mulut”
-UM;09.12.2010:khamis;
“Khir sah letak jawatan Ketua Pembangkang”

Monday, December 6, 2010

AKUI ADA ?

MENJELANG PRU 13 ?

Jauhi empat perkara
Anggota BN kena ada
Jika mahu rakyat setia
PRU 12 insafkan kita

Gejala khayal pertama
Lupa diri yang kedua
Jumud pula ikut ketiga
Angkuh baluti semua

Secara ringkas dikata
Maksud najib diterima
Andai amal selari kata
Mudah BN dua pertiga

Bersama tunggu ketika
PRU13 bakal akan tiba
Pasti tidak terdekat ada
Mantapkan BN diutama

Muhasabah wajib ada
Jika BN dikata bahtera
Lokasi laut luas berada
Sikit cuai nahas semua

Najib sebagai nakhoda
Berseorangan bahaya
Berpasukan hanya cara
Nakhodalah putus kata

Gabungan empat gejala
Tidak sukar untuk jumpa
Kikis gejala mesti semua
Miliki salah satu bahaya

Ciri nakhoda berwibawa
Memilih petugas bahtera
Ketepikan berciri gejala
Faktor kasihan usah ada

Mungkin tak manis kata
Amal ‘degil’ lagi bahaya
Tak peduli kata nakhoda
Hasrat peribadi diutama

Contohi mantan PM kita
Undur diri tanpa dipaksa
TunM dan paklah berdua
Kini mereka rakyat biasa

Bila ‘degil’ kuasai minda
Muslihat pasukan dilupa
Undur diri tak akan kata
Jadilah tak stabil bahtera

Andai tenggelam bahtera
Selamatkan diri tahu dia
Bahtera baru pasti jumpa
Pada nakhoda baru setia

PRU 13 menunggu masa
Bahtera BN, najib kepala
‘suara budak’ kongsi rasa
Semoga BN terusan juara

serling
[07.12.2010]
selasa
……
p/s:
-BHOnline.com:06.12.2010;isnin
“Peringatan Najib”
-UM:06.12.2010:ISNIN:
“Bukti keutuhan BN”
-Hayati Puisi “SUARA BUDAK ?”

Wednesday, December 1, 2010

SUARA BUDAK ?

IKHTIBAR SERANGAN TODAK ?

Diriwayatkan era dahulukala
Peristiwa di pulau singapura
Pemerintahnya ketuanan raja
Ada lebelkan dongeng sahaja

Todak melanggar singapura
Ramailah rakyat jadi mangsa
Raja singapura berdukacita
Para pembesar tidak terkata

Berkubukan betis hanya cara
Ramai terbunuh dan tercedera
Sepontan sorang budak suara
Saran batang pisang perguna

Terfikir raja kebenaran kata
Batang pisang jelas berjasa
Budak pun dianugerah raja
Para pembesar tidak selesa

Bermula episode yang biasa
Pemikiran raja diracuni depa
Si budak cerdik amat bahaya
Hukuman bunuh dititah raja

Para pembesar teramat suka
Berleluasa salahguna kuasa
Amat mudah raja diperguna
Sinis peringatan orang lama

Kini realisasi perintah negara
Wawasan 2020 arah tujuhala
Sedemikianlah analogi terasa
Bila ‘tegur budak’ dilekeh saja

Caragaya pembesar dulukala
Banyak tidak ikhlas pada raja
Periuk nasi sendiri jadi utama
Masih mudah kita sua jumpa

Yang demikian segelintir saja
Bagai api di dalam sekam ada
Kelihatan sekam seperti biasa
Tersedar api apabila membara

Hanya pada najib harapan jua
Liabiliti UMNO kena waspada
KP dan segelintir yang semasa
Persilatannya teramat bahaya

Jika ‘budak’ itu wakili hamba
Para blogger lain yang senada
Janganlah kami dilekeh sahaja
Demi agama,bangsa dan negara

serling
[02.12.2010]
khamis
….
p/s;
UM;01.12.2010;rabu
‘Pemilihan UMNO ditangguh’
‘Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri diumum sebelum akhir tahun’
‘Laksana dasar: Semua pihak diutama”