JANGAN ALPA ?
Adab pertarungan biasa
Yang kecundang kecewa
Pemenangnya begembira
Muhasabah diri kena ada
Meningkat 1,190 majoriti
DUN Galas dapat miliki
Syabas BN jaya menangi
Ahli DUN Pas susut kini
Begitu kerusi Batu Sapi
BN mengekalkan kerusi
6,359 majoriti undi ukiri
Dilihat dua-kosong jadi
Pas, PKR dan SAPP seri
BN musuh bersama tujui
Di tangan BN longlai jadi
Dua PRK isyarat bererti
Gerakerja tawan operasi
Modul memikat pengundi
Pengundi selesa dihargai
Bijaksana caragaya Ku Li
Demikian juga batu sapi
Para pengundi dihampiri
Tembok halangan ketepi
Ikhlas BN, rakyat peduli
Beza lawan BN beroperasi
Pelekeh BN dibuat strategi
Celek akal pengundi rasai
Strategi BN menjadi realiti
Ligat timbalan PM pameri
Kedua-dua lokasi acap kali
Petugas kempen tak kecuali
Berbaloilah menang kecapi
Gaya lawan BN usah ikuti
Janji PRU 12 terkantoi lagi
Ala skim cepat kaya analogi
Bohong depa terlondeh kini
Najib perdana menteri kini
Kepada YAB harapan tinggi
Hati-hatilah bentuk strategi
Silap pak lah jangan ulangi
Abdul aziz dan Linda juara
Dipilih pengundi akur kita
Kotalah janji sedaya upaya
Mungkiri janji tempah bala
serling
[05.11.2010]
jumaat
……
p/s:
UM:05.11.2010:jumaat
“BN rampas Galas, pertahan Batu Sapi”
“Kemenangan bukti rakyat yakin hala tuju BN – PM”
“Jangan alpa, teruskan kerja kuat – Shafie”
Friday, November 5, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment