Saturday, November 27, 2010

‘ANUGERAH TUHAN’ ?

BANGKAI GAJAH SUKAR TUTUPI ?

‘Jangan lupa lirik’ realiti
Aznil bijak mencuit hati
Talian hayat dia aplikasi
Peluang peserta menangi

Tapi gagal peserta juarai
Lebih kurang begitu uari
Kata presiden PKR berani
Angkat anwar amat tinggi

Tokoh anugerah tuhan jajai
Konon satu ustaz maklumi
Lafazkan hadepan delegasi
Di Kongress PKR rakami

Senjak 1999 sehingga kini
Sudah sedekad diharungi
Tahun 2003 gabung parti
PRM diserap, PKR namai

Kesan PRU12 gamam jadi
Pas,PKR dan DAP satuhati
Majoriti kerusi lima negeri
Tapi Federal gagal kuasai

Gelaran ‘pakatan’ lebeldiri
Walaupun berbeza ideologi
Kerana pada BN dimusuhi
Komponen pakatan ikatjanji

Mungkinkah ada konspirasi
Lebih awal PRU12 melalui
BN digulakan gagah situasi
Mudahnya pak lah diyakini

Ditaburkan luar biasa janji
Anwar diuar jadi PM nanti
Konon anwar kena anayai
Sedar pengundi ditipu kini

Sanggup si isteri undur diri
Di permatang pauh menangi
Tanggal 16.09.08 saja jajai
Bukti janji si anwar bohongi

PRU12 cetus muhasabah diri
UMNO / BN walau meratapi
Akur parti kepada akar umbi
Segera UMNO betulkan diri

Dengan najib presiden parti
UMNO/BN berseri kembali
Air tangan najib jurus sukai
Gelabah pakatan menyaingi

Mula Perak ke BN kembali
Isyarat pakatan gagal fungsi
PRK galas dan bt sapi lalui
Sokongan pada BN dikagumi

Tapi UMNO/BN masih berdaki
Tinggalan yang najib warisi
KJ dan segelintir berliabiliti
Tak patut mereka disayangi

Berstatus liabiliti beraksi
Di dalam UMNO/BN melakoni
Impak negatif kepada parti
Gugurkan mereka lebih seri

Masih rentak lama dendangi
Caturan PRU13 bakal dilalui
Penyokong tegarnya diyakini
Putrajaya akan mereka miliki

Pakatan tidak mesra pengundi
KM dan MB mereka berselari
Lupa mereka perintah negeri
Aksi depa, pembangkang lagi

Teramat besar dosa berjanji
Terutama niat tipu pengundi
Demi kuasa lima tahun sekali
Tiada agama pun yang restui

Anugerah tuhan, anwar uari
Lebih memudaratkan nanti
Bohong 16.09.08 peringati
Pelekeh negara luar negeri

Berwatak sesumpah yakini
Mengikut situasi dan lokasi
Kerna maklumat hujung jari
Bangkai gajah, sukar tutupi

Anugerah tuhan, ngapa beri
Dengan kes liwat dia hadapi
Bukti 35 tokoh jauhkan diri
Kepada anwar, tidak tepati

Pada ahli PKR insaflah diri
Dedah Cucu Mat Kilau kini
Jauhkan diri bertambah lagi
Tunggu lama, andalah rugi

serling
[28.11.2010]
ahad
…..

BHOnline:27.11.2010:sabtu:09:37:48 AM
“Kongress Nasional PKR kecoh, ahli anjur demonstrasi”
BERNAMA.COM:27.11.2010:sabtu:19:44 PM
“Mood Untuk Ke Putrajaya Semakin Lesu, Kata Perwakilan PKR”

Monday, November 22, 2010

SEJARAH DIULANG ?

BERSULUH SIANG HARI ?

Gembar gembur sana sini
PKR punyai 400 ribu ahli
Contoh amalan demokrasi
Pemimpin dipilih akar umbi

Hebahan 222 cabang parti
Samada cegas ataupun mati
Seperti keputusan tak rasmi
Keinginan anwar sah penuhi

Pabila zaid lawan azmin ali
Banyaklah timbul persepsi
Jikalau zaid tidak tandingi
Tiada berita buat dendangi

Sebelum PKR, zaid masuki
Tentulah ada menarik hati
Tanding Ulu Selangor diuji
Juga jawatan penting diberi

Sejarah dahulu, anwar aksi
Ketika ABIM mahu ketuai
Orangnya mewakili negeri
Takhta ABIM beliau kuasai

Ubah sikit modus operandi
Status penasihat rasa tinggi
Dia tidak ikut serta tandingi
Orang pilihannya ditolongi

16.12.10 zaid mendendangi
Isytihar Zaid lucutkan ahli
PKR putuskan umum rasmi
Begitu cara PKR balas budi

Konon pamerkan demokrasi
Dengan jumlah keluar undi
PKR tidak punya ramai ahli
Atau majority ahli cabut lari

Apa anwar amat mengingini
Persepsi orang di luar negeri
Amalan demokrasi dia ikuti
Dapat zaid, anwar tunggangi

Lihat barisan bakal kepalai
Barisan “yes-man” dimetri
Suara sumbang haram jadi
Permudahlah hala sana sini

Ingat akan Dr syed husin ali
Dahulu PRM beliau kepalai
Dengan parti keadilan metri
Tahun 2003 PKR pun jadi

Berbaloi juga korban diberi
Timbalan PKR, syed kuasai
Tahun 2009, senator perolehi
Buat 3 tahun selangor wakili

Yang menarik untuk perhati
Bersegera syed umum rasmi
Tak pertahan jawatan duduki
Susunatur anwar, dia patuhi

Dengan kes liwat dihadapi
Urusan parti, anwar susuni
Diyakini setia serta famili
Kata beliau saja hala parti

35 gambar sebahagian saksi
Bisik-bisik mingguan kongsi
Barisan PKR tidak kuat kini
Mungkin PRU13 penutup rasmi

serling
[22.11.10]
isnin

p/s:
MM:21.11.2010:ahad:
“Siapa yang benar, Anwar atau mereka”
BHOnline:22:11:2010:isnin:19:15:20PM
“Azmin Ali bakal Timbalan Presiden PKR”

Friday, November 12, 2010

SAMPAI MASA ?

BILA KATA DIKOTA ?

Dari sumber putrajaya
SUA UMNO parti kata
MT ada agenda utama
26 november bakal ada

Begitulah UM beritahu
Yang ahli waras tunggu
Arah PRU13 parti pacu
Moga UMNO utuh padu

Najib sendiri telah kata
Analogi team bola guna
Kerja pasukan diutama
Proses gugur diperguna

Kelantan tidak kecewa
Bola sepak capai juara
Proses gugur diperguna
Anuar musa telah jaya

Jika proses gugur guna
Istilah anak emas tiada
Bisikan luar wajib peka
Gagal beraksi penanda

Gaya gergaji dua mata
Sorong dan tarik kerja
Sidang MT patut sama
Gantilah pucuk pemuda

Semenjak KJ berkuasa
Tanding tiga segi punca
Sokongan satu pertiga
Lebih cakap dari kerja

Dalam ucap sulung jaja
Kesan pertarungan ada
Rapatkan pemuda kata
Hakikatnya lidah saja

Tika di posisi dua dulu
Tentu najib amat tahu
Peranan satu menantu
Sewajarnya tak begitu

Semua factor kena kira
Tukar mana perlu saja
Semesti ketua pemuda
Kukuh UMNO agenda

serling
[13.11.10]
sabtu
…….


p/s:
UM:12.11.10:jumaat
“Perubahan kepimpinan UMNO negeri 26 Nov.?

Sunday, November 7, 2010

LEKEH PENGUNDI ?

KEMASKAH PARTI ?

4 November baru dilalui
PRK galas dan batu sapi
BN menang kedua sekali
Pakatan Rakyat gigit jari

BN diwakili UMNO aksi
Di galas dapat 5324 undi
Dicatat undi 1190 majoriti
Mandat pengundi hormati

Sejak YB galas dulu mati
Aturcara demokrasi ikuti
Hinggalah hari mengundi
83 peratus pengundi hadiri

Yang tak nak Pas dengari
Pas gagal pertahan kerusi
Amat pahit Pas menelani
Terhambur komen sangsi

Bagai pelekeh pengundi
Nik aziz sanggup bunyi
Status ulama memancingi
Kata BN main kotor jajai

Patutnya muhasabah diri
Rosot undi Pas perolehi
Dulu dapat 4399 sokongi
Menjadi 4134 sahaja kini

Apa alamat buat renungi
BN jangan selesakan diri
Anggap ujian Allah beri
Dabik dada usah pameri

Biarkan Pas gaya sendiri
Menang, pengundi dipuji
Tertewas, lekeh pengundi
Berlagak kuasa Allah nafi

Sejak PRU12 hingga kini
Banyak PRK dipaksa lalui
Ketika lawan BN menangi
Depa dabik dada meninggi

Semasa 16.09.08 dendangi
Penyokong Pakatan yakini
Anwar bohong tak kesani
Kedai kopi medan promosi

Akibat anwar jaja bohongi
Tarikh 16.09.08 kita lalui
Yang atas pagar undur diri
Galas dan batu sapi saksi

Dahulu najib buat analogi
UMNO jadi team bola aksi
Si ketua pemuda hati-hati
Pengganti beliau kena cari

serling
[07.11.2010]
ahad
….
p/s:
UM:06.11.2010:sabtu:
“Mursyidur Am Pas ragui kemenangan BN”
“Pengajaran daripada pilihan raya kecil Galas”
BM:07.11.2010:ahad:
“Aspirasi PM turut diterima bukan Melayu”
“Pendekatan Strategi baru BN tarik minat pengundi muda”

Friday, November 5, 2010

TEPAT PILIH ?

JANGAN ALPA ?

Adab pertarungan biasa
Yang kecundang kecewa
Pemenangnya begembira
Muhasabah diri kena ada

Meningkat 1,190 majoriti
DUN Galas dapat miliki
Syabas BN jaya menangi
Ahli DUN Pas susut kini

Begitu kerusi Batu Sapi
BN mengekalkan kerusi
6,359 majoriti undi ukiri
Dilihat dua-kosong jadi

Pas, PKR dan SAPP seri
BN musuh bersama tujui
Di tangan BN longlai jadi
Dua PRK isyarat bererti

Gerakerja tawan operasi
Modul memikat pengundi
Pengundi selesa dihargai
Bijaksana caragaya Ku Li

Demikian juga batu sapi
Para pengundi dihampiri
Tembok halangan ketepi
Ikhlas BN, rakyat peduli

Beza lawan BN beroperasi
Pelekeh BN dibuat strategi
Celek akal pengundi rasai
Strategi BN menjadi realiti

Ligat timbalan PM pameri
Kedua-dua lokasi acap kali
Petugas kempen tak kecuali
Berbaloilah menang kecapi

Gaya lawan BN usah ikuti
Janji PRU 12 terkantoi lagi
Ala skim cepat kaya analogi
Bohong depa terlondeh kini

Najib perdana menteri kini
Kepada YAB harapan tinggi
Hati-hatilah bentuk strategi
Silap pak lah jangan ulangi

Abdul aziz dan Linda juara
Dipilih pengundi akur kita
Kotalah janji sedaya upaya
Mungkiri janji tempah bala

serling
[05.11.2010]
jumaat
……

p/s:
UM:05.11.2010:jumaat
“BN rampas Galas, pertahan Batu Sapi”
“Kemenangan bukti rakyat yakin hala tuju BN – PM”
“Jangan alpa, teruskan kerja kuat – Shafie”

Thursday, November 4, 2010

PEDULI APA ?

MENANTI PEMENANG ?

Yang ditunggu dah tiba
Tarikh 4 November sua
Galas dan batu sapi ceria
Undi pengundi berharga

Apa pertandingan terjadi
Sukar ketemu hasilan seri
Si pemenang gembira hati
Yang tewas sebalik alami

Status sebelum PRK ada
DUN Galas, Pas wakilnya
Di batu sapi BN berkuasa
Bila PRK bagaimana pula

Kesan air tangan pengundi
Kedua pihak amat khuatiri
Jika tewas parti disokongi
Parti lawan tinggi majoriti

Bukti pengundi berkuasa
Petugas parti temu semua
Lembut gigi dari lidah sua
Calon yang dicayai berjaya

Pengundi serbasalah temui
Langkah kurang bijak aksi
Rosak undi, semua ditandai
Ada yang pilih ponteng undi

Yang tak mahu kita jumpa
Musang bulu ayam berada
Kerna calon bukannya dia
Tewas partinya peduli apa

serling
[04.11.2010]
khamis
…..
p/s:
UM;04.11.2010;Khamis:
"Siapa bakal kuasai DUN Galas"
"Fatwa baru Pas terdesak"
"SPR jangka peratus keluar
mengundi lebih tinggi"
"Jangan terpedaya hasutan"