Wednesday, December 16, 2009

JANGAN HAMPAKAN !

TAHNIAH YB SENATOR !

Tahniah Dr Syed Husin Ali
Usia 63 senator baru razeki
Parti P K R beliau mewakili
Tiga tahun dimulai hari ini

Catatan sejarah kena ingati
P K R hasil cantuman parti
Keadilan plus PRM dimetri
Posisi kedua P K R duduki

Boss P K R,Keadilan kuasai
Balasan pengorbanan alami
Selama tiga tahun menikmati
Habis tempoh, belum dipasti

Tugas senator baru anggotai
Buat tugas termaktub fahami
Utama rakyat bukannya parti
Cambahan idea sangat hargai

Doktor Falsafah dia perolehi
Tentunya berkaitan ekonomi
Wakil DUN Selangor hakiki
Sebagai senator wakil negeri

Kecintaan sosialisnya teruji
Masuki pilihanraya berkali
Tidak serik tewas timpa diri
Lupus PRM zahir teka-teki

PRU 12 diuar K.B tandingi
Dihalang Pas tidak setujui
Dikata sosialis yang dianuti
Hanya beliau sahaja ketahui

1974 -1980 direhat aktiviti
Di bawah ISA, beliau akuri
Melalui bukunya dikongsi
Lepas tahanan, diterus lagi

Peristiwa 13 mei kita lalui
Dr Kua Kia Soong berteori
Disanggahi Syed Husin Ali
Keberanian beliau dihargai

Dengan Phd yang dimiliki
Dewan negara tepat lokasi
Suara syed husin didengari
Putusan majoriti perlu ikuti

serling
[16.12.09]
rabu
…..
p/s:
Bernama:16.12.09:rabu:
“Senator: Timbalan Presiden PKR angkat sumpah”

1 comment:

YANG GAMBI said...

Salam bro, orang macam inilah yang pendakyah-pendakyah komunis hendak..... tidak ada perasaan Melayu-Islam....