Thursday, January 21, 2016

PENYAKIT BERJANGKIT ?

PENYAKIT BERJANGKIT ?
(TRANSFORMASI POLITIK?)

DARIPADA TIMUR JANGKIT  UTARA
TRENGGANU LAKAR SEJARAH MULA
BULAN MEI 2014 RAKAM PERISTIWA
DS AHMAD SAID TAMATKAN KUASA

DS AHMAD RAZIF DILANTIK MB PULA
DSN RESTU PERTUKARAN LAKSANA
KINI YAB DS AHMAD RAZIF BERJAYA
PACU TERENGGANU DIDUKUNGNYA

BELUMPUN DUA TAHUN DIALAMI
NEGERI KEDAH PULA MENJEJAKI
DS MUKHRIZ PULA TAK DICAYAI
UMNO KEDAH TELAH MAKLUMI

APAKAH PUNCA DEMIKIAN TERJADI
DS MUKHRIZ MULANYA DISENANGI
CARA APAKAH DS MUKHRIZ KEMUDI
HINGGAKAN MB BARU DIKEHENDAKI

TIDAK SEPERTI PANDANGAN MATA
TERPAKSA DSN SELAKU PM CAKNA
ADAKAH CARA TERENGGANU GUNA
ANDAIKATA SITUASINYA TAK BEZA

ORGANISASI UMNO ADA TATACARA
PRESIDEN PARTI PERLU BIJAKSANA
MB DS MUKHRIZ PERNAH BERKATA
KATA PM PENENTU NASIB DIRINYA

Serling
21.01.2016
(khamis)