Friday, December 18, 2015

APA LAGI ?

APA LAGI ?
(BILA NOKHTAH?)

ISU KUDA DAN PANDA
BUAT LEKEH DSN GUNA
BAGAI BUMI LANGIT BEZA
ISU MAKAN TUAN DIJAJA

PANDA DAN KUDA BEZA
PANDA BERASAL CHINA
MUDAH KITA TEMU KUDA
ITULAH ISTIMEWA PANDA

PADA TM DIHADIAH KUDA
RAJA ARAB BERIKANNYA
SIMBOLIK AKRAB BERSAMA
ERA TM PM NEGARA KITA

ZAMAN DSN PM SEMASA
SERLAH DSN BIJAK USAHA
PANDA KINI DI ZOO NEGARA
TAK PERLU LAGI KE CHINA

ASAL PANDA HABITAT CHINA
ZOO NEGARA ASING BAGINYA
BANYAK KOS KENA BELANJA
BEZA KUDA YANG DITERIMA

SAUDI ARABIA DAN CHINA
DUA NEGARA STATUS SAMA
DUA-DUA SAHABAT NEGARA
ELAK TIMBUL PERASANGKA

SALAH ANALOGI PERGUNA
HAIWAN PANDA DAN KUDA
WAJAR MUHASABAH KITA
PUPUK MESRA ELAK CERCA

TERBAIK BUAT MANUSIA
BILA MANTAN STATUS ADA
AKURLAH HABIS BERKUASA
USAH KACAU PENGGANTI KITA

serling
(19.12.15)
sabtu.


Wednesday, December 9, 2015

BERTAUTLAH !

BERTAUTLAH !
(Sempena PAU 2015 )

UCAPAN PRESIDEN PARTI
DSN BERSEMANGAT SEKALI
HALA TUJU UMNO JUNJUNGI
KEWAJIPAN YANG DIWARISI

DSN AKUI TERGURIS DI HATI
BETAPA PEDIH DIA DILUKAI
TAPI TETAP CEKALKAN DIRI
AKAN TERUS PIMPIN PARTI

SEPERTI  UMUM MEMAHAMI
1MDB DAN 2.6 BIL DISENSASI
SIASATAN BELUM BERHENTI
PENCERAHAN JELAS TEMUI

TIDAK TEPAT APA DIGEMBURI
SILAP TSMY DAN SHAFIE AKSI
TIDAK BAGAI MEREKA TAKUTI
BAGAI TERLAJAK PERAHU KINI

MUSUH-KAWAN TUKAR GANTI
SEBEGITULAH AMALAN PARTI
SEMOGA UMNO PULIH KEMBALI
TSMY- SHAFIE BETULKAN DIRI

PADA TUN M YANG DIHORMATI
PERNAH JADI PRESIDEN PARTI
JUGA PM TERLAMA DIRAKAMI
ELOK MULA GERAKKAN MURNI

KEPADA DSN KENA SOKONGI
TSMY DAN SHAFIE BERSEKALI
KUKUHKAN SAF UMNO SEHATI
AGAMA-BANGSA-NEGARA MESTI

ANALOGI KETAM DALAM BALDI
DALAM UMNO KITA SATU HATI
USAH PUPUK BUDAYA KELAHI
MOGA UMNO ALLAH RAHMATI

serling
10.12.2015

khamis