Tuesday, July 28, 2015

BEGITULAH REALITI ?



BEGITULAH REALITI ?
(IKHTIBAR BUAT SEMUA)

KABINET BARU TELAH MAKLUMI
DSN SELAKU PERDANA MENTERI
ZAHID HAMIDI TPM KITA TERKINI
TAPAK TSMY BELIAU MENDUDUKI

MENCETUSKAN BANYAK PERSEPSI
MEREKA HAMPIR SERUPA LALUI
PERNAH NOMBOR SATU NEGERI
TSMY DI JOHOR MENGEPALAI
DSN DI PAHANG MENGEMUDI

KEDUA-DUANYA JADI MENTERI
JUGA TPM PULA RASA DUDUKI
DSN JAWAT PERDANA MENTERI
TAHAP TPM TSMY DIBERHENTI

MACAM PERLUMBAAN BERLARI
TAPAK BERMULA SAMA MULAI
TAPI MASA PENAMAT TAK PASTI
DI DEPAN PENONTON BERSAKSI

ZAMAN TUN M BANYAK LAKARI
MUSA HITAM MACAM TSMY JADI
SI ANWAR IBRAHIM PUN SEPERTI
GHAFFAR BABA PUN MENGALAMI

SEMACAM TUN M PERNAH AKSI
DSN BARU BERBUAT SATU KALI
PEMINAT TSMY USAH LUKA HATI
JIKA MEROYAN ROSAKKAN DIRI

RUMAH SUDAH PAHAT BERBUNYI
NAMPAKNYA TERPAKSA ANALOGI
JIKA BERETIKA TPM TSMY BERAKSI
JADI PM INSYAALLAH JURUS DEKATI

SAPA PUNASIHAT TSMY PERCAYAI
APAKAH NASIHAT  SELEPAS BEGINI
BAGAIKAN HANYA MENGIGIT GIGI
BUAT IKHTIBAR SEMUA AHLI PARTI

Serling
28.07.2015
(selasa)
.....

Monday, July 27, 2015

TONJOLKAN DIRI ?

TONJOLKAN DIRI ?
(GERAK SUMBANG TSMY ?)

SIARAN BERITA TV1 MALAM TADI
UCAPAN KEPADA AHLI SEPARTI
NADA TSMY TEGAS JURUS BERAPI
PERIHAL 1MDB BELIAU MENZAHIRI

JIKA DIANALISA MAKSUD INTIPATI
KEPADA DSN BELIAU PERINGATI
ISU 1MDB SEGERAKAN BERHENTI
BELIAU SUARAKAN BERKALI-KALI

ALASAN YANG TSMY MEMAKLUMI
PILIHANRAYA UMUM BAKAL TEMUI
KEPADA DSN KESALAHAN BEBANI
JIKA MASALAH BN KEMPEN NANTI

BOLEH CETUSKAN INTERPRITASI
KETIKA SIASATAN SEDANG AKSI
BANYAK DEDAHAN DIKETEMUI
MACAM SURUH DSN BERHENTI

ATAU MUNGKINKAH SEBEGINI
PENYOKONG TSMY DIYAKINI
BAHAWA DSN PERLULAH PERGI
SUPAYA TSMY JADI PENGGANTI

SEPANJANG ISU 1MDB UNGKITI
DSN BAGAIKAN SEORANG DIRI
BIJAKSANA DSN UNGKAI MISTERI
SIASATAN BEBAS DSN HENDAKI

BERITA DARI BANGKOK TERKINI
KEJAYAAN POLIS THAI KAGUMI
DEDAHAN KAITAN 1MDB TEMUI
MAKIN DALAM SIASATAN LALUI

ADAKAH TSMY INGIN CAMPURI
KETIKA SIASATAN JURUS DALAMI
BEBERAPA INDIVIDU DISELIDIKI
NGAPA TSMY  GOPOH BERAKSI

BERCERITA DI MAJLIS SEPARTI
KONON CAKAP SEGERA HENTI
SELAKU TPM DIA TONJOL DIRI
TAK BANTU PERDANA MENTERI

Serling
27.07.2015
(isnin)

…..

Tuesday, July 14, 2015

SALAH SIAPA ?

SALAH  SIAPA ?
(TERTUDUH ATAU PENIAGA?)

TIBA-TIBA NEGARA DIGEGARI
BUKAN SEBAB  GEMPA BUMI
DI LOW YAT TELAH MERAKAMI
KONON SEBAB SATU PENCURI

SIAPAKAH BERSALAH HANTUI
BENARKAH TELEFON DICURI
HANYA MAHKAMAH HAKIMI
USAH CEPAT TUNDING JARI

TINDAKAN POLIS TEPAT SEKALI
KEKCECUHAN SEGERA DIATASI
YANG TERLIBAT KENA SELIDIKJI
USAH CEPAT BUAT KONKLUSI

DUA PIHAK MELIBATKAN DIRI
YANG TERTUDUK DISOKONGI
PENIAGA JUGA SERUPA AKSI
AMAT WAJAR JUGA DIHAKIMI

UNDANG-UNDANG MENCUKUPI
TIADA PERUNTUKAN PUN DIBERI
BOLEH HUKUMAN SESUKA HATI
AMAT TIDAK BETUL JIKA KASARI

JIKALAU PIHAK POLIS DIHUBUNGI
PROSEDUR  POLIS PASTI DIPATUHI
PERGADUHAN TIDAK AKAN JADI
NASI MENJADI BUBUR MERAKAMI

JIKA SEBELAH PIHAK LAGI KECUALI
KE MAHKAMAH PULA TIDAK  ADILI
BIMBANG TIMBUL BURUK PERSEPSI
KEPERCAYAAN RAKYAT DIDAHULUI

ELAKKAN KEJADIAN ULANG TERJADI
KEWAJIPAN SEMUA PIHAK PATUHI
UNDANG2 BUKAN TANGAN SENDIRI
INSYAALLAH AMAN MALAYSIA  INI

Serling
15.07.2015
Rabu

….