Monday, February 24, 2014

NOMBOR SATU !

NOMBOR SATU !

SEJARAHNYA NAMPAK BEGITU
TETAP KEJAR NOMBOR SATU
KEPALAI ABIM MULAKAN DULU
TERKINI MB HAJATNYA KE SITU

NOMBOR SATU PR DIA MILIKI
KETUA PEMBANGKANG KETUAI
PUTRAJAYA GAGAL DIDUDUKI
PRU13, BN MAJORITI KERUSI

SEBELUM PRU13 DIDENDANGI
PRU13 BAKAL PR MEMENANGI
KATA "UBAH" JAJA SANA SINI
PKR-DAP-PAS SENADA BUNYI

BILA PUTUSAN PRU13 REALITI
BN KEKALKAN NEGERI DIKUASAI
KEDAH PULA PADA BN KEMBALI
MALAYSIA KEKAL BN MEMILIKI

ANWAR SERANG SPR BERTUBI
ISU PENGUNDI BANGLA DILAGUI
TAPI MULUT ANWAR JUGA NAFI
KONON TAK PERNAH DIA BUNYI

WATAK SESUMPAH BELIAU ADA

BUAT KUASAI BEZA SUASANA
YANG PENTING CAPAI AGENDA
PENYOKONG TEGAR IKUT SAJA

DULU SELEPAS PRU12 DIINGATI

PRK PERMATANG PAUH TANDINGI
GANTIKAN TEMPAT ISTRI WAKILI
TANGGAL 16.09.2008 PM TAK JADI

HAKIKATNYA RAKYAT MERAKAMI
BOLEH DIULANGTAYANG BERKALI
TETAPI ANWAR TETAP MENAFI
MACAM 'LIDAH BERCABANG' AKSI

DENGAN BANYAK CONTOH TEMU
KAWAN LAMA BANYAK TAK SEBULU
PRK KAJANG PERHITUNGAN BARU
MB SELANGOR LEKAT DI KALBU


serling
(25.02.2014)
selasa
......

Thursday, February 13, 2014

ANGKAT TINGGI ?


ANGKAT TINGGI !
 (Jawapan buat Malaysian Insider - 13.02.14)

BICARA KES LIWAT TANGGUH LAGI
TUNDA DUAPULUHLAPAN FEBRUARI
MALAYSIAN INSIDER CUBA SENYAPI
KONON SI ANWAR AMAT DITAKUTI

KONON KATA PENGANALISIS DIUARI
HEBAT ANWAR DIJUNJUNG TINGGI
BIJAKSANA ANWARLAH DIGERUNI
BERBAGAI CARA BN CUBA HALANGI

PERISTIWA KE JEPUN TAK DIINGINI
ANWAR KENA BALIK MALAYSIA AKSI
BIJAKSANAKAN ANWAR MELAKONI
HAKIKAT JELAS BODOH DIA MILIKI

TAKUTKAN ANWAR, TOL KEKAL LAGI
DEMIKIAN PENGANALISIS MAKLUMI
ITULAH YANG ANWAR ANGKAT DIRI
DALAM KEMPEN HARAM DIMULAI

BN DISERANG PENUH PSIKOLOGI
KONON BN TIDAKA AKAN TANDINGI
ANDAI NAJIB BOLEH DITIPU BEGINI
MENANGLAH ANWAR BAGAI HAJATI

KONON PENGANALISIS MENYAKINI
ANWAR TERBAIK NEGARA KEPALAI
SEGALA HALANGAN ADAKAN MESTI
AGAR ANWAR GAGAL  KE ATAS LAGI

HAL MB SELANGOR TURUT UNGKITI
KHALID DAN ANWAR TUKAR KERUSI
ANWAR JADI MB, KHALID-EKONOMI
GAJI TIGARATUS PERATUS HAJATI

SELEPAS PRU13 TELAH MERAKAMI
AMAT TERKEJUT ANWAR TERJADI
GAGAL PAKATAN NAK MAJORITI
DILUAR JANGKAAN ANWAR AKSI

DI PERMATANG PAUH DIMENANGI
DENGAN KEMEROSOTAN MAJORITI
LAWANNYA CALON TAK DIKENALI
PANGANALISIS CUBA NAK TUTUPI

HAKIKAT TUAH SELANGOR DICARI
TAPAK PRU14 BARU DIA TEROKAI
PARLIMEN DI SELANGOR  IDAMI
BERJAYA ATAU TIDAK DITUNGGUI

CUKUPLAH ANWAR DIJUNJUNGI
OLEH PENGANALISIS  SYOK SENDIRI
HAKIKAT ITULAH KERJA STRATEGI
OLEH PELOBI ANGKAT ANWAR AKSI

PENYOKONG TEGAR ANWAR INGATI
KELENTONGAN ANWAR MENJAJAI
TAK LAYAK NEGARA KITA KEPALAI
ANWAR DAN PAKATAN SEDAR DIRI

Serling
13.02.2014
(rabu)
…..