Monday, January 27, 2014

WASPADALAH !


WASPADALAH !
(Surat Terbuka buat DS Najib)

KONTROVESI PRIHAL ‘KALIMAH ALLAH’
BILA ‘BIAR SAHAJA’ TERLIHAT SERLAH
YDA AGONG DAN SULTAN TAK DIENDAH
ISLAM AGAMA PESEKUTUAN DIGOYAH

KAEDAH MUDAH SELESAIKAN MASALAH
KENALPASTI PUNCA CETUS MASALAH
BERMULA BILA PADERI HINA MAHKAMAH
TINDAKAN MENGHASUT JELAS SERLAH

NEGARA KITA PERLEMBAGAAN KITA
WAJIBLAH KERAJAAN PERTAHANKAN
KENAPA 'HASUTAN PADERI' TAK KATA
ADAKAH PADERI ITU DIIMUNITIKAN

NAMPAK LEMBUT DALAM TEGAS KATA
CIRI PERDANA MENTERI SEPATUT ADA
JANGAN 'KELIHATAN' TIDAK BERDAYA
INGATLAH PENGUNDI AMANAH KUASA

KETIKA NAJIB DIASAK KIRI KANAN
MUNCUL 'GUNTING' DALAM LIPATAN
NAJIB MAHU SEGERA DIGANTIKAN
SEPATUT SOKONGAN PADU BERIKAN

SIFAT 'GUNTING' DALAM LIPATAN
DEPAN NAJIB TERBIJAK LAKONAN
KONON APA NAJIB BUAT KOTAKAN
TERSERLAH NAJIB BERSEORANGAN

AGENDA ‘PM MAT JENIN’ TERSERLAH
NAJIB SELAKU PM SEMASA DISERGAH
‘PM MAT JENIN’ TAK PUN MENGALAH
DIA MANFAATKAN ‘KALIMAH ALLAH’

TEWAS SULTAN MELAKA  TERSEJARAH
KOTA  ‘ A  FAMOSA’ BERDIRI MEGAH
SEJAK DIKUASAI PORTUGIS PENJAJAH
LEMAH PERPADUAN PUNCA  KALAH

serling
(27.01.2014)
isnin
.....

Thursday, January 23, 2014

MACAM KANCIL LAGI ?

MACAM KANCIL LAGI ?
(FIKIR-FIKIRKANLAH)

AKAL  SI KANCILNYA LIGAT LAGI
KETIKA USIA MENI NGKAT TINGGI
TERKEJUT BERUK TIKA JEJAK KAKI
PABILA ORANG JEPUN TIDAK SUDI

NARITA AIRPORT JEPUN JADI AKSI
LARANGAN MASUK MERAKAMI
ARAHAN BALIK MALAYSIA MESTI
BUKAN KEPALANG MALU ALAMI

TENTU TERSEBAR PERISTIWA INI
PEMBOHONGAN TERBAIK CARI
KONON JEPUN DIPENGARUHI
KERAJAAN MALAYSIA DISALAHI

JUAK-JUAKNYA MULA BUNYI
DALAM FB TIDAK BERKECUALI
KONON YAKUZA JEPUN NANTI
BELIAU BAKAL  KENA SERANGI

CIRI PEMINAT TAKSUB KESANI
ADA MATA TIDAK MENELITI
TELINGA SENGAJA PEKAK-TULI
OTAK BAGAI TIDAK BERFUNGSI

MINDA TERBUKA TIDAK MILIKI
CAYA APA SAJA  KANCIL ZAHIRI
WALAU TERBUKTI DIBOHONGI
MUDAH PENCACAI PKR  DIBULI

ATURAN MASUK JEPUN KETAHUI
DAH MASUK  SEBANYAK DUA KALI
‘SPECIAL PREMISSION’ PEROLEHI
GAGAL CUBAAN REDAH TERKINI

ALLAH TUNJUK ATAS DUNIA LAGI
BURUK PERANGAI TUNDING JARI
KERJA BOHONGNYA DEDAH SENDIRI
TAPI MINDA KANCIL TIDAK PEDULI

PENYOKONG KANCIL  EGO TINGGI
ANGGAP KANCIL MAKSUM-SUCI
BANYAK BURUK-LAKU PAMERI
KANCIL TETAP JUGA SANJUNGI

PENYOKONG KANCIL  DIINGATI
SIKAP KANCIL UTAMAKAN DIRI
TIDAK WAJAR JULANG TINGGI
TINGGALKAN KANCIL SENDIRI

BANYAK TOKOH TELAH JAUHI
PABILA TERDEDAH SIFAT ASLI
RUJUK DR SIDEK BABA TERKINI
HASIL SIASAT BELIAU SENDIRI

serling

22.01.2014
Rabu
......

Saturday, January 18, 2014

SAPA IKHLAS ?

SAPA IKHLAS ?
(FIKIR-FIKIRKAN)

BELUMPUN TAHUN BARU MULAI
DISEMBER 2013 TELAH DENDANGI
KENAIKAN HARGA BARANG TINGGI
KADAR ELEKTRIK BARU IMPLIKASI

MINYAK DAN TOL JUGA WARNAI
KONON KERAJAAN BN DALANGI
ACARA HARAM  BERDEMONSTRASI
31 DISEMBER 2013 MALAM CEMARI

TELAH MINGGU KEDUA  JANUARI
RON97 DITOKOK LIMA SEN KINI
DISEL DAN RON95 KEKAL  LAGI
DEMONSTRASI TAK WAJAR JADI

PARA PENIAGA BIJAK MANIPULASI
ORANG TENGAH DAN PERUNCIT JAJAI
SETIAP AWAL TAHUN SAMA SITUASI
AWAL 2014 AMAT HEBAT GEMBURI

ORANG TENGAH TUNJUK BERANI
KEARAH KERAJAAN RAKYAT MAKI
PUAK PEMBANGKANG DALANGI
ORANG TENGAH PATUT DIMARAHI

PEMBANGKANG JADI BATU API
SALAH ORANG TENGAH DITUTUPI
KEPADA KERAJAAN BN TUJU BENCI
KEIKHLASAN PEMBANGANG RAGUI

PABILA KEPIMPINAN NEGARA AKSI
KABINET  IKUT TURUN KE LOKASI
TINJAU SITUASI SEBENAR TERJADI
TAPI PEMBANGKANG BEKU DIRI

HANYA DALAM INTERNET BUNYI
PEMBANGKANG PELEKEH LAGI
USAHA KABINET DIKATA PERLI
TURUN PADANG DEPA TAK SUDI

PEMBANGKANG JENIS APA INI
HANYA BERKOKOK DI SANA SINI
KONON DEPALAH BIJAK ATASI
HAKIKAT DEPA HEBAT BUNYI

FIKIRKANLAH BERIBU-RIBU KALI
JIKALAU RAKYAT BIJAKBESTARI
TAK IKHLAS PUAK DEPA JUANGI
KEPADA BN DIPUPUK RASA BENCI

BAYANGKAN TANPA DEMONSTRASI
KEPADA RAKYAT TIADA MAKLUMI
PERANAN PEMBANGKANG SUNYI
TAK PELEK BERDEMONSTRASI LAGI

KEPADA KABINET HARAPAN TINGGI
SEPERTIMANA AWAL DIMAKLUMI
DAPATAN PEMANTAUAN DIKONGSI
JANGAN PULA ADA YANG SEMBUNYI

KEIKHLASAN KABINET DIPERHATI
GAYA PEMBANGKANG HINDARI
SIFAT PEBANGKANG LUPA JANJI
APA YANG DIJANJI WAJAR TEPATI

Serling
(18.01.2014)
Sabtu
….