Sunday, December 7, 2014

KERJA 'HANTU' ?

KERJA ‘HANTU’ ?
(lepas batuk di tangga?)

BANYAK SUNGGUHKAH ‘HANTU’
DI SELURUH NEGARA BERLAKU
PABILA PENGUATKUASA SERBU
HANYA KULI PADA HANTU TEMU

KERAKUSAN HANTU BERBAHAYA
ARAHKAN KULI MEMBUAT KERJA
CAMERON HIGHLANDS GELORA
PABILA BANJIR KILAT MELANDA

SYABAS OPERASI PENGUATKUASA
KEBUN TANAH HARAM SASARNYA
DITANGKAP ‘PATI’ YANG BEKERJA
MUSNAH TANAMAN HARAM JUGA

HANTU @ JERUNG TIDAK JUMPA
ANTARA PATI DAN HANTU BEZA
PASTI SI HANTU ORANG BERADA
MANAKALA PATI DIGAJI KERJA

LEMAHKAH PERATURAN KITA
HANYA  PATI BOLEH DIDAKWA
HANTU TERLEPAS BEGITU SAJA
KONON KURANG BUKTI JUMPA

JIKA DEMIKIAN ANDAIAN LAGU
LEPASKAN PATI MACAM HANTU
ELAKANLAH RAKYAT SYAKRAGU
PENGUATKUASA MEMILIH BULU

serling
(07.12.14)
Ahad
…..
p/s:
MM:”DI MANA ‘JERUNG’?” ……. Muka hadapan…..

-          Kegagalan agensi penguatkuasa tahan pengusaha, ‘taiko’ dipersoal

Tuesday, December 2, 2014

BUKALAH MATA ?



BUKALAH MATA ?
(Lakonan Sang Kancil Moden)

INGAT ZAMAN SEKOLAH DULU
DIAJARKAN SASTERA MELAYU
MASIH TERGIANG TELINGAKU
WATAK BINATANG JURUSLAKU

SANG KANCIL  SERING DIJAJAI
KERANA ‘KECERDIKAN’ MILIKI
SEBAGAI PENGADIL DIPERCAYAI
JUGA PENIPU UTAMA PERIBADI

WATAK PROTAGONIS TERPUJI
TETAPI ANTAGONIS AMAT KEJI
BANYAK MANGSA TUNGGANGI
BUKALAH MATA BEBASKAN DIRI

TEWAS SANG KANCIL DIRAKAMI
AGAS DAN SIPUT JAYA MENANGI
JUGA BURUNG BANGAU JUARAI
HEBAT TIGA BINATANG KAGUMI

SANG KANCIL  JADIKAN ANALOGI
TONJOL WATAK EMPUNYA DIRI
UTAMA DIRI, ANAK DAN SI ISTERI
GUNA KELEMAHAN DEMOKRASI

BUAT PEMINAT SASTERA MELAYU
SANG KANCIL MODEN ADA TEMU
KRONI DAN FAMILI FOKUS SELALU
USAH BIAR DIPANDANG BERBULU

serling
(02.12.2014)
selasa

Saturday, November 29, 2014

SOLIDARITI....!

SOLIDARITI …!
(Sempena berakhir PAU ke 68 )

PAU KE 68 TAMAT RASMI
DITUTUP PRESIDEN PRTI
SABTU 29.11.2014 RAKAMI
NAJIB FOKUS SOLIDARITI

SOLIDARITI TERAS PARTI
TANPANYA LONGLAI JADI
JIKA TOKOK ‘HASADENGKI’
TERSUNGKUR ORGANISASI

MUDAH LAFAZ SOLIDARITI
BANYAK LIKU IMPLEMENTASI
ANDAIKATA BEZA PERSEPSI
KEHENDAK PEMIMPIN-AHLI

SEMUA PEMIMPIN HAYATI
WANITA-PEMUDA-PUTERI
JUGA CAWANGAN SEKALI
SERTA BAHAGIAN-NEGERI

FOKUS DUAHALA SOLIDARITI
ANTARA PUCUK-AKAR UMBI
JAUHI PEMIMPIN ‘JAGADIRI’
UTAMA KEPENTINGAN PARTI

GERAK PEMBANGKANG JAUHI
SOLIDARITI MENJAGA PERIBADI
UTAMA PEMIMPIN BUKAN AHLI
PENYOKONG DITUNGGANGI

BERSAMA MUHASABAH DIRI
CAPAIAN PRU13 NEGERI ALAMI
UMNO/BN KENA MENGHAYATI
PRU 14 PENENTU HIDUP-MATI


@63, TPB, KTN – 30.11.2014 - AHAD

Sunday, November 2, 2014

NAJIB MALU ?

NAJIB MALU ?
(AKUI LEMAH PARTI ?)

SYABAS NAJIB MENGAKUI
KENALPASTI LEMAH PARTI
DI SELANGOR JELAS BUKTI
JADI PEMBANGKANG LAGI

HEBAT CATURAN STRATEGI 
ATAS KERTAS MOLEK JAJAI
TAPI BANYAK TAK PATUHI
'BANGAU OH BANGAU' JADI

KEDAH DAN PERAK LALUI
KEPADA UMNO/BN MILIKI
PADA MB MEREKA TANYAI
APA KERJABUAT APPLIKASI

PAKATAN GOYANG REALITI
MASAKAN TSKI NYAH PERGI
AZMIN ALI PULA PENGGANTI
GAGAL WAN AZIZAH MILIKI

SESAMA MEREKA JAUH HATI
TUNDING SALAH SERING JADI
DALAM MEDIA ACAP JUMPAI
TUREHAN LUKA SUKAR BAIKI

DALAM TANDINGAN HADAPI
TIORI ASAS MENANG TURUTI
BINALAH KEKUANTAN DIRI
LEMAH LAWAN MENU MESTI

DI KONVENSYEN NAJIB ZAHIRI
UMNO SELANGOR INSAF DIRI
SEKADAR DI BIBIR TAK JADI
RAKYAT SELANGOR KETEMUI

PENAH PENULIS MENZAHIRI
AMALAN 'CAH KETING' AKSI
TANDA TAK SAYANG PARTI
JAUHILAH BEREBUT KERUSI

UMNO/BN SELURUH NEGERI
 'VIRUS SELANGOR' DIAWASI
JIKA TERKENA SUKAR BAIKI
CEGAH LEBIH BAIK NGUBATI

serling
(02.11.2014)
ahad
......







Sunday, October 19, 2014

NAJIB DISENANGI ?

NAJIB DISENANGI ?
(MALAYSIA MEWANGI !)

NAMA MALAYSIA MAKIN BERSERI
PERINGKAT ANTARABANGSA JAJAI
BERJAYA AHLI TAK TETAP DUDUKI
TAHUN 2015 PADA BULAN JANUARI

MAJLIS UNSC AMAT BESAR FUNGSI
FOKUS KESTABILAN SEMUA NEGRI
KUASA VETO LIMA NEGERA MILIKI
DEMIKIAN PIAGAM TELAH METRI

KEMENANGAN MALAYSIA BERERTI
SEBANYAK 187 DARIPADA 192 UNDI
HANYA LIMA NEGARA TAK SETUJUI
SYUKURLAH SOKONGAN MAJORITI

SYABAS PADA KEPIMPINAN TINGGI
BAGAIKAN NAJIB PUNYA AURA AKSI
SERASI NEGARA-PERDANA MENTERI
INDIKATOR NAJIB DUNIA SENANGI

BERBALIK TERJADI DALAM NEGERI
GERAKAN ANTI UMNO/BN WARNAI
SETIAP HARI DAPAT KITA KETEMUI
DALAM MEDIA SOSIAL TAK SEKATI

PERINGKAT ANTARABANGSA LOBI
GAMBARAN PEMBANGKANG BERI
KATA MALAYSIA TAK DEMOKRASI
DAKWAAN PALSU SERING BUNYI

CONTOH LGE DI HONG KONG AKSI
KEPIMPINAN NEGARA DICEMUHI
DI PULAU PINANG KETUA MENTERI
KONON DASAR DAP TERBAIK LAGI

BERSAMA KITA MUHASABAH DIRI
WALAU STATUS KETUA MENTERI
TERMASUK RAKYAT  AKAR UMBI
JUNJUNG MALAYSIA HAL SEMESTI

serling
(19.10.2014)
ahad
...




Saturday, May 3, 2014

DIBIARKAN ?

DIBIARKAN ?
(Ngapa tiada tindakan ?)

Belum pun pernah terjadi
Pesalah yang telah hakimi
Hukuman Penjara dijatuhi
Hina mahkamah sana-sini

Demo penyokongnya hadiri
Konon GST disasarkan benci
GST dituduh akan membebani
Muslihat sebenar serlah dijajai

Najib dan Rosnah sasar maki
Konon fitnah liwat dia hadapi
Tuduh Najib dan Rosnah jajai
Reka penipuan Anwar pameri

Konon anwar bersih dan suci
Begitu penyokong dibohongi
Mati-matian anwar dipercayai
Putusan tiga hakim tak cayai

Ngapa Anwar istimewa begini
Boleh ceramah ikut suka hati
Tuduh Najib dan juga isteri
Anwar amat bijak melakoni

Pada penyokong tegar diingati
Bukalah mata dan juga hati
Bukan kata Anwar saja cayai
Muslihat Anwar wajar diteliti

serling
(03.05.2014)
sabtu
......

Saturday, April 5, 2014

MEREKA PARIOTIK ?

MEREKA PATRIOTIK ?
(SENTIASA SANGGAH ?)

ANWAR BUAT PERANGAI LAGI
TIKA PESAWAT MH370 MISTERI
KERAJAAN MALAYSIA SERANGI
TUDUHAN FAKTA DISEMBUNYI

LEKEHKAN PERDANA MENTERI
KERJABUAT ANWAR TAK HENTI
ANWAR LAGAK BIJAKSANA DIRI
HAKIKAT BELIAU MERAPU AKSI

BANYAK NEGARA LIBATKAN DIRI
ASET DAN KEPAKARAN DIKONGSI
TENAGA RAKYAT DEPA BESEKALI
ASET UDARA DAN LAUT KENDALI

SEPATUT TERIMA KASIH ZAHIRI
SELAKU RAKYAT MALAYSIA INI
BANYAK NEGARA BERSIMPATI
MEREKA SERTAI USAHA CARI 

KINI DI SELATAN LUAT HINDI
NEGARA KITA TAK DIAM DIRI
ASET LAUT DAN UDARA AKSI
KEIZINAN AUSTRALIA HARGAI

ANWAR DAN LKS SENADA JAJAI
LKS 'BERAKHIR' TIDAK FAHAMI
TAPI DUTA BESAR CHINA NGERTI
TERPAKU NIAT LKS TIDAK JADI

HUKUMAN LIMA TAHUN JATUHI
KES LIWAT ANWAR TELAH ADILI
EMPAT RIBU RINGGIT DIHAKIMI
KARPAL SABIT HASUTAN ZAHIRI

TUAH DUDUK DI MALAYSIA INI
KARPAL DAN ANWAR RAYU LAGI
NAIK MAHKAMAH LEBIH TINGGI
ENTAH BILA BICARA DIULANGI

PENYOKONG MEREKA DIKABURI
MACAM PITA RAKAMAN DILAGUI
MINDA MEREKA BAGAI TERKUNCI
BERJAYA PAKATAN TANAM BENCI

serling
(05.04.2014)
sabtu
....


Monday, February 24, 2014

NOMBOR SATU !

NOMBOR SATU !

SEJARAHNYA NAMPAK BEGITU
TETAP KEJAR NOMBOR SATU
KEPALAI ABIM MULAKAN DULU
TERKINI MB HAJATNYA KE SITU

NOMBOR SATU PR DIA MILIKI
KETUA PEMBANGKANG KETUAI
PUTRAJAYA GAGAL DIDUDUKI
PRU13, BN MAJORITI KERUSI

SEBELUM PRU13 DIDENDANGI
PRU13 BAKAL PR MEMENANGI
KATA "UBAH" JAJA SANA SINI
PKR-DAP-PAS SENADA BUNYI

BILA PUTUSAN PRU13 REALITI
BN KEKALKAN NEGERI DIKUASAI
KEDAH PULA PADA BN KEMBALI
MALAYSIA KEKAL BN MEMILIKI

ANWAR SERANG SPR BERTUBI
ISU PENGUNDI BANGLA DILAGUI
TAPI MULUT ANWAR JUGA NAFI
KONON TAK PERNAH DIA BUNYI

WATAK SESUMPAH BELIAU ADA

BUAT KUASAI BEZA SUASANA
YANG PENTING CAPAI AGENDA
PENYOKONG TEGAR IKUT SAJA

DULU SELEPAS PRU12 DIINGATI

PRK PERMATANG PAUH TANDINGI
GANTIKAN TEMPAT ISTRI WAKILI
TANGGAL 16.09.2008 PM TAK JADI

HAKIKATNYA RAKYAT MERAKAMI
BOLEH DIULANGTAYANG BERKALI
TETAPI ANWAR TETAP MENAFI
MACAM 'LIDAH BERCABANG' AKSI

DENGAN BANYAK CONTOH TEMU
KAWAN LAMA BANYAK TAK SEBULU
PRK KAJANG PERHITUNGAN BARU
MB SELANGOR LEKAT DI KALBU


serling
(25.02.2014)
selasa
......

Thursday, February 13, 2014

ANGKAT TINGGI ?


ANGKAT TINGGI !
 (Jawapan buat Malaysian Insider - 13.02.14)

BICARA KES LIWAT TANGGUH LAGI
TUNDA DUAPULUHLAPAN FEBRUARI
MALAYSIAN INSIDER CUBA SENYAPI
KONON SI ANWAR AMAT DITAKUTI

KONON KATA PENGANALISIS DIUARI
HEBAT ANWAR DIJUNJUNG TINGGI
BIJAKSANA ANWARLAH DIGERUNI
BERBAGAI CARA BN CUBA HALANGI

PERISTIWA KE JEPUN TAK DIINGINI
ANWAR KENA BALIK MALAYSIA AKSI
BIJAKSANAKAN ANWAR MELAKONI
HAKIKAT JELAS BODOH DIA MILIKI

TAKUTKAN ANWAR, TOL KEKAL LAGI
DEMIKIAN PENGANALISIS MAKLUMI
ITULAH YANG ANWAR ANGKAT DIRI
DALAM KEMPEN HARAM DIMULAI

BN DISERANG PENUH PSIKOLOGI
KONON BN TIDAKA AKAN TANDINGI
ANDAI NAJIB BOLEH DITIPU BEGINI
MENANGLAH ANWAR BAGAI HAJATI

KONON PENGANALISIS MENYAKINI
ANWAR TERBAIK NEGARA KEPALAI
SEGALA HALANGAN ADAKAN MESTI
AGAR ANWAR GAGAL  KE ATAS LAGI

HAL MB SELANGOR TURUT UNGKITI
KHALID DAN ANWAR TUKAR KERUSI
ANWAR JADI MB, KHALID-EKONOMI
GAJI TIGARATUS PERATUS HAJATI

SELEPAS PRU13 TELAH MERAKAMI
AMAT TERKEJUT ANWAR TERJADI
GAGAL PAKATAN NAK MAJORITI
DILUAR JANGKAAN ANWAR AKSI

DI PERMATANG PAUH DIMENANGI
DENGAN KEMEROSOTAN MAJORITI
LAWANNYA CALON TAK DIKENALI
PANGANALISIS CUBA NAK TUTUPI

HAKIKAT TUAH SELANGOR DICARI
TAPAK PRU14 BARU DIA TEROKAI
PARLIMEN DI SELANGOR  IDAMI
BERJAYA ATAU TIDAK DITUNGGUI

CUKUPLAH ANWAR DIJUNJUNGI
OLEH PENGANALISIS  SYOK SENDIRI
HAKIKAT ITULAH KERJA STRATEGI
OLEH PELOBI ANGKAT ANWAR AKSI

PENYOKONG TEGAR ANWAR INGATI
KELENTONGAN ANWAR MENJAJAI
TAK LAYAK NEGARA KITA KEPALAI
ANWAR DAN PAKATAN SEDAR DIRI

Serling
13.02.2014
(rabu)
…..

Monday, January 27, 2014

WASPADALAH !


WASPADALAH !
(Surat Terbuka buat DS Najib)

KONTROVESI PRIHAL ‘KALIMAH ALLAH’
BILA ‘BIAR SAHAJA’ TERLIHAT SERLAH
YDA AGONG DAN SULTAN TAK DIENDAH
ISLAM AGAMA PESEKUTUAN DIGOYAH

KAEDAH MUDAH SELESAIKAN MASALAH
KENALPASTI PUNCA CETUS MASALAH
BERMULA BILA PADERI HINA MAHKAMAH
TINDAKAN MENGHASUT JELAS SERLAH

NEGARA KITA PERLEMBAGAAN KITA
WAJIBLAH KERAJAAN PERTAHANKAN
KENAPA 'HASUTAN PADERI' TAK KATA
ADAKAH PADERI ITU DIIMUNITIKAN

NAMPAK LEMBUT DALAM TEGAS KATA
CIRI PERDANA MENTERI SEPATUT ADA
JANGAN 'KELIHATAN' TIDAK BERDAYA
INGATLAH PENGUNDI AMANAH KUASA

KETIKA NAJIB DIASAK KIRI KANAN
MUNCUL 'GUNTING' DALAM LIPATAN
NAJIB MAHU SEGERA DIGANTIKAN
SEPATUT SOKONGAN PADU BERIKAN

SIFAT 'GUNTING' DALAM LIPATAN
DEPAN NAJIB TERBIJAK LAKONAN
KONON APA NAJIB BUAT KOTAKAN
TERSERLAH NAJIB BERSEORANGAN

AGENDA ‘PM MAT JENIN’ TERSERLAH
NAJIB SELAKU PM SEMASA DISERGAH
‘PM MAT JENIN’ TAK PUN MENGALAH
DIA MANFAATKAN ‘KALIMAH ALLAH’

TEWAS SULTAN MELAKA  TERSEJARAH
KOTA  ‘ A  FAMOSA’ BERDIRI MEGAH
SEJAK DIKUASAI PORTUGIS PENJAJAH
LEMAH PERPADUAN PUNCA  KALAH

serling
(27.01.2014)
isnin
.....