Friday, May 31, 2013

"WRONG RACE" ?


DALAM THE STAR TERJUMPA
ANDAI JIRAN KITA SINGAPURA
BOLEHKAH AKHBARNYA TERIMA
"WRONG RACE" TERSIRAT MAKNA

serling
(31.05.13)
jumaat
................

Wednesday, May 29, 2013

29 MEI 1939 !


BUAT TATAPAN KITA BERSAMA
UTUSAN MELAYU DI SINGAPURA
1958 PINDAH KE NEGARA KITA
HURUF TULISAN JAWI DIPERGUNA

serling
29.05.2013
rabu
.....

Wednesday, May 22, 2013

TIPU DAN HASUT ?

TIPU DAN HASUT ?
(TERUS MEROYAN?)

Di Alor Star, Anwar hari ini
Pada penyokong Pas zahiri
Konon BN dan SPR sehati
Undian PATI dimasuk sekali

Begitu si gila kuasa beraksi
Hakikat jurus tidak sihat diri 
Kesihatan mentalnya selidiki
Jangkitan virus apakah begini

Sebelum pun tanggal 5 Mei
Hari warga kita mengundi
Dalam berkempen meyakini
Konon dia bakal PM nanti

Dipermainkan Agong sendiri
Konon ke Istana Negara pergi
Angkat sumpah PM tidak jadi
Alasan Agong tak bangun lagi

Biadab sungguh perlakuan ini
Agong amat istimewa sekali
Dalam kempen, lawak jadi
Perlekeh Agong, buruk aksi

Pelek dan hairan dalam hati
Selepas PRU13 baru dilalui
Oleh Anwar meroyan lagi
Hingga bilakah akan henti

DAP dan penyokong aksi
Guna Anwar ditunggangi
Sokongan melayu diingini
Soal moral tidak dipeduli

Banyak fakta telah dijumpai
Bila Sidek Baba menyelidiki
Dua puluh lapan orang temui
Pada Sidek Baba usah sangsi

Tipu dan hasut rakyat ulangi
Apakah tiada akata halangi
Tanpa tindakan gilanya jadi
Kempunan PM gagal miliki

serling
(22.05.13)
rabu
.....




Sunday, May 19, 2013

BUKAN DAMAI ?

 BUKAN DAMAI ?
(PERBETULKAN ?)

Tiba-tiba muncul yusuf kalla
Bekas naib presiden indonesia
Nak damai Najib-Anwar jaja
Selepas PRU13 timbul curiga

Anwar dan Najib disama tara
Hakikat dua insan amat beza
Anwar pencetus celaru minda
Najib jelas arahtuju negara

Sebelum yusuf kalla bersuara
Selidiklah dulu anwar itu siapa
Bukan telan bulat si anwar kata
Perbetulkan anwar patut usaha

Tanya terkini pada Sidek Baba
Bagaimana teliti beliau berusaha
Bertahun-tahun menjejak fakta
Dua puluh lapan orang berjumpa

Isu moral Anwar dan lain sahnya
Jauhi Anwar dahulu sahabatnya
Elok pada Sidek Baba sua-muka
Cakap si anwar sorang usah caya

Insya'Allah kelak usaha berjaya
Perbetulkan Anwar kena usaha
Naik tocang Anwar patut tiada
Barulah Malaysia aman sentosa

serling
(19.05.2013)
ahad
.....

Saturday, May 18, 2013

GELOJOH ?

GELOJOH ?
(CIRI-CIRI MEROYAN?)

05 Mei 13 akan tetap ingati
Hari warga kita buang undi
Dah dua minggu PRU13 lalui
Kerajaan Malaysia, BN miliki

Kelantan masih Pas menerajui
Pulau Pinang kekal DAP ketuai
Selangor tetap PKR menguasai
Anggota pakatan kelihatan seri

Negeri-negeri lain, BN kuasai
Termasuk Kedah ikut kembali
Pas akur keputusn PRU 13 ini
Tapi Anwar tidak mahu perakui

Dulu sebelum PRU 13 dimulai
Dengan lantang Anwar berbunyi
Jikalau Malaysia gagal dikuasai
'Pensyarah' di luar negara pergi

Rupanya ada udang sebalik mi
Itu semua 'gimik' promosi diri
Pengundi muda mahu dipengruhi
Hakikat degree apa UM ketahui

Belum pun hari pembuangan undi
Komponen Pakatan telah diyakini
Bahawa Malaysia bakal dikuasai
Bijak Anwar sengaja manipulasi

SPR ditohmah telah mengkhianati
Konon Pakatan bermajoriti kerusi
Kemenangan BN dilekeh bertubi
Jelas gelojoh si anwar melampaui

Di seluruh negara arah demonstrasi
Konon keputusan PRU13 diragui
Dakwa SPR tolong BN menangi
Wajarkah pakatan akan mematuhi

Kucarkacirkan negara arah tujui
Tindak balas penyokong BN aksi
Pihak berwajib usah tangguh lagi
Bunga-bunga benci kena halangi

Anwar jajakan bilangan pengundi
Peratus sokong pakatan, tinggi
Banding dengan BN memperolehi
Hakikat kita kira mengikut kerusi

Adakah berkaitan hal peribadi
Ulangbicara liwat shaiful hampiri
Daripada penyokong ingin simpati
Sedemikian akal kancil berfungsi

Jika tunggu PRU 14 tanding lagi
Faktor usia, dia tak relevan lagi
Umur tujuh puluh satu, rehat diri
Adakah ini sebenar yang ditakuti

Anwar patut bermuhasabah diri
Dengan puluhan tokoh menjauhi
Kepada Allah janganlah meninggi
Tewas Pakatan, hikmah Allah beri

serling
(18.05.2013)
sabtu
.......

Thursday, May 9, 2013

JERAT DIRI ?

JERAT DIRI ?
(PRU 13 WIBAWA ?)

PRU13 selamat kita lalui
Peratus buang undi tinggi
84.8 peratus buang undi
Jelas demokrasi berfungsi

Tahniah BN berjaya lagi
Perintah Malaysia dicintai
Gagal Pakatan menyekati
Undian rakyat kena akuri

112 kerusi dapat melepasi
Majoriti mudah yang ingini
Dianggap selesa 133 kerusi
89 kerusi pakatan memiliki

Tiga pihak pemantau akui
CPPS, IDEAS dan ASLI
Keputusan wibawa dicayai
Anwar dan kuncunya ragui

Banyak pihak menjerat diri
Pertama si Anwar melakoni
Kerusi PM kempunan lagi
Pada SPR tuduhan diberi

Penyokongnya segera dekati
Himpunan Haram tetap jadi
Stadium Kelana Jaya lokasi
Hasut rakyat, SPR dimaki

Pada pakatan, mereka undi
Pengundi Cina ramai sertai
DAP berjaya tokok kerusi
Bijaksana DAP manipulasi

Gelagat Anwar dikenalpasti
Demi mencapai hala peribadi
Isu dan tohmahan sengaja aksi
Akal Kancilnya berfungsi lagi

Lemahkah peraturan kita ini
Bila tohmahan bebas dizahiri
Tiada tindakan menyanggahi
Kesilapan berkenaan beraksi

Syabas Najib, PM kita lagi
Negeri Kedah dapat kembali
Telah terserlah prihal sembunyi
Majoriti Cina ke mana pergi

Dalam laksana 'Janji Ditepati'
Dahulukan pada memberi undi
Pihak lawan tak patut ungkiti
Sesuai dengan muzik dendangi

serling
(09.05.2013)
Khamis
......

catatan:
SPR    - Suruhanjya Pilihanraya
 CPPS - Pusat Kajian Polisi Awam
IDEAS- Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi
ASLI  - Institut Kepimpinan dan Strategi Asia

Wednesday, May 1, 2013

PUSINGAN 'U' LAGI ?

PUSINGAN 'U' LAGI?
(PUSINGAN 'U' KEDUA)

Melalui Berita TV malam ini
Kenyataan akbar dimaklumi
Oleh ayahanda Saiful sendiri
Peraku benar Saiful diliwati 

Dulu 8 Mac 2013 juga begini
Perakukan Saiful tak diliwati
Hanya fitnah yang kontroversi
Pada si Anwar, mohon ampuni

Bagaikan letupan bom terjadi
Keluar dari mulut bapa sendiri
Tapi tabah Saiful menghadapi 
Tetap berserah kepada Illahi

Pusingan U kedua akhir terjadi
Seperti sumpah Saiful menzahiri
Tanggal 1 Mei 2013 diperingati
Menjelang 5 Mei hari mengundi

Ulasan si Anwar samalah dinanti
Apakah pula tohmahan dilempari
Untuk menang pengundian 5 Mei
Penyokong taksub tetap sokongi

serling
(01.05.2013)
rabu
....