UNDI SIAPA ?
(UNDI SULIT!)
Ada kira-kira 13 juta pengundi
Kira-kira tiga juta pertama kali
Undian secara sulit wajib dilalui
Syabas SPR urus amanah beri
PRU 13 teramat penting sekali
BN macam dahulu menghadapi
Agihan kerusi di kalangan ahli
Komponen dalam BN patuhi
Terdapat ahli tidak puas hati
Tiket BEBAS depa tandingi
DAP-PKR-PAS juga alami
Terpulang bijaksana pengundi
BN dan Pakatan berbeza aksi
Semua kerusi parlimen tandingi,
Dengan Pasir Mas, Bebas wakili
BN serah pada rakyat pilih undi
Begitu juga kerusi DUN negeri
BN masuk tanding setiap kerusi
Kibaran 'dacing' di seluruh negeri
Tapi PR ikut kawasan tandingi
Mudah-mudahan BN bermajoriti
Selepas PRU 13 pada bulan Mei
Insya'Allah majoriti besar perolehi
Najib kekal jadi Perdana Menteri
Untuk PR majoriti, hanya mimpi
Peranan pembangkang sekali lagi
Tak timbul sapa perdana menteri
Di antara si Anwar ataupun Hadi
Gelagat DAP-PKR-Pas perhati
Pengagihan kerusi sukar setujui
Stabilkah Malaysia, PR kuasai
Belum menang pun dah kelahi
Kepada siapakah patut diundi
Pengundi lama dan baru pasti
Pilihan terbaik calon BN undi
Selamat Malaysia yang dicintai
serling
25.04.2013
(khamis)
Thursday, April 25, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)