Thursday, September 6, 2012

SENGAJA BIADAB ?


SENGAJA  BIADAB ?
MUSLIHAT TERANCANG ?

31 Ogos 2012 tinggalkan kita
Usia merdeka limapuluh lima
Rakaman bermacam perkara
Yang sepatutnya jangan  ada

Sebelum, selepas dan semasa
Keharmonian kita harap, tiada
Agenda ‘Akal Kancil’ disengaja
Hajat menjadi PM belum reda

16 September 2008, gagal dia
Walaupun diuar seluruh dunia
Konon YB-YB BN akan durhaka
Gantikan Pak lah jadi PM kita

Bersyukurlah Allah mahakuasa
Tanpa keizinan Nya gagal usaha
Kekal Ketua Pembangkang saja
Tuah DS Najib gagal dihalangnya

Sejak DS Najib menjadi PM kita
Sambung tugas Pak Lah Berjaya
UMNO serta BN kembali ceria
Gelabah Pakatan Rakyat nyata

PKRlah yang teruk tempiasnya
Banyak YB dan tokohnya terjaga
Meninggalkan PKR tepati masa
Wujudlah ‘TIBAI’ jelajah Negara

Muslihat terancang pakatan jaja
Penyokong tegar depa kena bela
Yang sanggup berbuat apa sahaja
Kebencian pada Najib focus bina

Biadab pada Sultan jelas sengaja
Lupakan jemput Sultan diagenda
Jemput Anwar gantikan baginda
Probokasi buat pencinta Negara

Status ‘penasihat’ anwar guna
MB Selangor akuri melaksana
Diuar konon negeri jemputnya
Tanpa Sultan, dia tokoh utama

Hasil fitnah dan ayat benci jaja
Dicucuk penyokong tegar depa
Najib, UMNO dan BN lekehnya
Dikunci minda  penyokongnya

Pasti yang kurang cerdik guna
Pijak gambar PM patut tiada
Apatah lagi punggung terjaja
Punahlah tatasusila hidup kita

Khabar disuara seorang bapa
Mohon maaf biadap anaknya
Respon DS Najib sertamerta
Sedia maafkan dan berjumpa

Murni sungguh yang najib jaja
Dulu gambar di tiang bendera
Pelajar  ‘taksub’ turunkannya
Tapi pelajar terlibat depa bela

Emosi puak majoriti kena jaga
Proses undang-undang utama                                                                                                               
Biadab dan salah tiada maafnya
Dalang berakal kancil wapada

Sangat sedih kalau fikirkannya
Mereka  masih sanggup dikuda
Oleh dalang peribadinya utama
Buruk moralnya muka selamba

Jika nik aziz boleh dijinakkannya
Tak peleklah yang lain terpedaya
Percaya si dalang teramat bahaya
Harapan supaya sedarlah segera

serling
(06.09.2012)
khamis
….