CAH KETING DAN LIABILITI ?
Peringatan najib ada engkari
Kalau lupa hamba peringati
Pemimpin tahu semua, basi
Peka denyut nadi akar umbi
Kepada naib presiden parti
Di Tanah Merah lafaz beri
Prihal 'Sumbat gol sendiri'
Istilah 'cah keting' berselari
Pimpinan parti, ahli perhati
Cakap dan buat sukar lupai
Pelengkap amal demokrasi
Suara anggota wajib peduli
Cah keting berunsur irihati
Teramat bahaya berliabiliti
Macam sumbat gol sendiri
Yang kecundang organisasi
UMNO organisasi satu parti
Menjadi teras BN dihormati
Kukuhkan UMNO hal mesti
Anasir negatif perlu tangani
Teropong kepimpinan parti
Ada pemimpin lebihkan diri
Bahtera UMNO risiko tinggi
Lanjutan KPnya berliabiliti
Yang lebih burukkan situasi
Walau berliabiliti tetap jagai
Kepada pemuda bodek aksi
Jika berkuasa, lantik menteri
Di Janda Baik menjadi saksi
Sepatut penuh pemuda hadiri
Bilangan hadir wakili realiti
KP berliabiliti tetap julangi
Cah keting serta berliabiliti
Nyahkan yang ciri sebegini
Berbahaya pilih bulu warnai
Jelas menjaga diri atasi parti
Ingatan buat di pucuk tinggi
Kelibat kalian, rakyat perhati
Berlagak tuan, hancur parti
Tuan penyumbat gol sendiri
Gelagat parti lawan hindari
Pabila nepotisma jadi amali
Tambahan baru tokok kroni
Dalam PRU 13 rakyat adili
serling
[19.06.2011]
ahad
…...
p/s:
BHOnline:19.06.2011:ahad:
“Sumbat Gol Sendiri, punca UMNO Lemah”
Sunday, June 19, 2011
Friday, June 10, 2011
UTAMA DIRI ?
SERUPA UMNO & PAS ?
Kongsi luahan awal jun ini
Perihal individu dan parti
Sebagai negara demokrasi
Baik dan buruk tak kecuali
Ucapan tahniah pada Hadi
Kerusi presiden Pas miliki
Kekalkan tanpa ditandingi
Pimpinan Hadi unggul lagi
Tuah nik aziz dan juga hadi
Ketika masih berkuku parti
Berjaya anak mereka masuki
Bijak rancangan kuatkan diri
Penyakit berjangkit meresapi
Kaedah yang pakatan sehati
DAP, PKR dan Pas berselari
Utama darah daging sendiri
UMNO pun dulu mengalami
Masa pak lah presiden parti
Luar biasa KJ menantu aksi
Kepada UMNO jadi liabiliti
Beza pakatan rakyat reaksi
Kaedah demikian kuat parti
Tunggulah 'bapa' gugur gigi
Rendah tinggi langit dirasai
Dalam Pemuda UMNO kini
Pembela KJ niat sembunyi
Sentuhan KJ amat diingini
Dalam PRU13, BN wakili
Apa diungkit dahulu alami
Begitu peminat KJ peragai
Demi lalun PRU13 hadapi
Yang liabiliti usah lindungi
Sama anggotai pakatan kini
Anak menjadi pelapis mesti
Parti bagaikan hak peribadi
Diam ahli bukannya restui
Caragaya TunM patut ikuti
Semasa bergigi dalam parti
Tidak amal kaedah payungi
Barulah anggota senang hati
serling
[11.06.2011]
sabtu
…...
Kongsi luahan awal jun ini
Perihal individu dan parti
Sebagai negara demokrasi
Baik dan buruk tak kecuali
Ucapan tahniah pada Hadi
Kerusi presiden Pas miliki
Kekalkan tanpa ditandingi
Pimpinan Hadi unggul lagi
Tuah nik aziz dan juga hadi
Ketika masih berkuku parti
Berjaya anak mereka masuki
Bijak rancangan kuatkan diri
Penyakit berjangkit meresapi
Kaedah yang pakatan sehati
DAP, PKR dan Pas berselari
Utama darah daging sendiri
UMNO pun dulu mengalami
Masa pak lah presiden parti
Luar biasa KJ menantu aksi
Kepada UMNO jadi liabiliti
Beza pakatan rakyat reaksi
Kaedah demikian kuat parti
Tunggulah 'bapa' gugur gigi
Rendah tinggi langit dirasai
Dalam Pemuda UMNO kini
Pembela KJ niat sembunyi
Sentuhan KJ amat diingini
Dalam PRU13, BN wakili
Apa diungkit dahulu alami
Begitu peminat KJ peragai
Demi lalun PRU13 hadapi
Yang liabiliti usah lindungi
Sama anggotai pakatan kini
Anak menjadi pelapis mesti
Parti bagaikan hak peribadi
Diam ahli bukannya restui
Caragaya TunM patut ikuti
Semasa bergigi dalam parti
Tidak amal kaedah payungi
Barulah anggota senang hati
serling
[11.06.2011]
sabtu
…...
Subscribe to:
Posts (Atom)