Sunday, July 14, 2013

16 - 16 ?



16 - 16 ?
SITUASI PRK K.BESUT ?

Jika pegang demokrasi
Salah satu situasi terjadi
Hasil jumlah bilangan undi
16 - 16 sangat PAS tunggui

PAS tak pandng kanan-kiri
Matlamat halal cara bukti
Bersama dalam Pakatan kini
DAP dan PKR teman sejati

'Bersama Islam' sikit dengari
Khas buat kelompok sendiri
Kebajikan pula PAS dendangi
Pikat DAP dan PKR persetujui

Bagaikan mudah Islam jual-beli
Demi  sedikit kuasa dan kerusi
Contoh Selangor walau majoriti
MB dan YDP DUN tidak kuasai

Lupakan halatuju 16 - 16 hajati
Biarkan kekal 17 - 15 BN kuasai
Baiki ngapa silap PAS persetujui
Moga PAS Selangor betul bergigi

Serling
15.07.13
Isnin
...  

Monday, July 8, 2013

SEJUK KINI ?



SEJUK KINI ?
TIADA GIGI LAGI ?

Semua YB angkat sumpah
Pembangkang-pemerintah
Pada negara taat ditumpah
Semua DUN juga sama arah

Panas hati si anwar angkara
Penyokong diprobokasi gaya
Tuduh SPR dan BN bersama
Akibatkan Pakatan tewas jua

Di Permatang Pauh tempatnya
Telah susut undi majoritinya
Kini 11 ribu jumlah undi sahaja
PRU12 kira-kira 15 ribu angka
                                                                 
Undian calon individu pula
Anwar tokok undi 6 ribu saja
Lawannya tingkat 10 rbu angka
Tertinggal belakang anwar jaja

Untuk tutup kelemahan timpa
Himpunan haram anwar nyala
Kerana ada yang sedia dikuda
Termasuk konon otak geliga

Sempoa DAP yang kena hala
Sokong anwar tidak seberapa
Boikot angkat diabaikan saja
Sedarlah anwar, gigi tak bisa

Anwar dan yang bersekepala
Peluang muhasabah diri tiba
Kerjakan Amalan ibadah puasa
Dinginkan kepala, marah reda

Bulan Ramadhan sama imarah
Melaksanakan semua ibadah
Di Surau dan masjid satu arah
Sepatut tidak berpecah umah

Serling
08.07.13
Isnin