Saturday, January 28, 2012

BARISAN KITA !

BARISAN KITA !
DEMI AGAMA,BANGSA,NEGARA !

Inilah pejuang barisan kita
Para blogger negara setia
Buat agama,bangsa,negara
Petualang usah beri muka

Bersama manfaatkan pena
Buat peluru benteng negara
Bersatu kita di alam maya
Tiada kompromi lawan depa

Pada Blogger yang senada
Ingat pesan keramat bangsa
Andai gusar ombak melanda
Ngapa berumah di pantai jua

Bagai pendeka senjata pena
Sentiasalah kita berwaspada
Nukilan petualang, lihat peka
Tersurat dan tersirat, cakna

Pabila jumpa kongsi bersama
Jika tohmahan sengaja cipta
Andai fitnah jawablah segera
Tentang mereka, daya upaya

Jika punya maklumat berharga
Segera juga kongsi bersama
Supaya mantap barisan kita
Harmoni dan selamat Malaysia

Se rling
(29.01.12)
Ahad
........

Sunday, January 15, 2012

NAK KE MANA ?

NAK KE MANA ?
DEMI HAJAT, BOLEH SAJA ?

Imbau laluan di Universiti lagi
Tonjolkan insan kebulur mati
Konon di Baling benar terjadi
Gitu empat dekad dulu rakami

Tentu anwar masih mengingati
Konon mahasiswa amat berani
Kini giliran peranan adam adli
Wajah dan watak tidak selari

Lihat PKR yang beliau kepalai
Walau status penasihat parti
Tuah presidennya status isteri
Boleh dibuatnya sesuka hati

Jika peristiwa di arab analogi
Pemimpin arab telah diganti
Saling tak tumpah, anwar aksi
Pimpinan PKR dikawal kroni

Heboh dulu, sesumpah gelari
Tentulah bertepatan sekali
Semua ideologi ingin juarai
Pakatan Rakyat sebagai bukti

Kini homoseksual disokongi
Konon undang lapok operasi
Akan pinda bila kuasa nanti
Islam dan majoriti dia sakiti

Ke mana anwar selepas ini
Ajaran Islam telah sanggahi
Penyokong tegar kena aksi
Minta anwar muhasabah diri

serling
[16.01.2012]
isnin
.....

Thursday, January 12, 2012

HIKMAH '901' ?

HIKMAH '901' ?
SEMOGA SELAMAT MALAYSIA !

Empat tahun kes liwat hantui
Tahun 2008 peristiwa dirakami
Demikian Saiful memperakui
Diliwat Anwar di dalam negeri

Dedahan Saiful teramat ngeri
Aduan dimangsa boss sendiri
Terkejut anwar tidak terperi
Ke Kedutaan Turki larikan diri

Itu kisah awal semua ketahui
Berbagai karenah elak diadili
Puluhan tangguhan bicara aksi
Anwar dakwa ada konspirasi

Sumpah laknat saiful zahiri
Pertahanan aduan liwat jadi
Tapi anwar berlawanan aksi
Langkah Saiful bahan diperli

Tanggal 09.01.2012 sah nanti
Anwar dan Saiful beza hajati
Anwar mahu dibebaskan pergi
Gitu hakim telah menghakimi

Tabah saiful dan keluarga lalui
Pada Peguam Negara mohoni
Minta Mahamah Rayuan adili
Seperti anwar sering beraksi

Janggal Majlis Peguam layani
Bagai hak siaful saja dihalangi
Alasan agar usah dibicara lagi
Konon kes liwat kecil kategori

Niat Majlis Peguam diketahui
Sokong anwar sepenuh hati
Pastikan anwar tamat diadili
Tidak profesional benar jadi

Bayangan jika sebenar temui
Anwar jadi Perdana Menteri
Majlis Peguam sikap begini
Punah Malaysia bakal lalui

Menjelang PRU13 akan temui
Tanggungjawab para pengundi
Anwar dan konco jangan undi
Selamat Malaysia kita cintai

serling
[13.01.2012]
jumaat
.......