Monday, November 14, 2011

SEKILAS PANDANG ?


TERSURAT DAN TERSIRAT ?

Indahnya bahasa Melayu
Masih relevan sejak dulu
Watak haiwan gaya laku
Pakatan rakyat sebegitu

Konon tiga parti bersatu
Demikian tersurat temu
DAP, PAS dan PKR regu
Musuhi BN sasaran tuju

Nampak anwar peneraju
Wakili PKR parti terbaru
DAP dan PAS lahir dulu
Ala si kancil, anwar pacu

Imej Islam, anwar pandu
Wujud ABIM sejarah dulu
Watak si kancil, beliau tiru
Buaya cerdik rasa ditipu

Banyak mangsa terkeliru
Hala tuju di nombor satu
PM keempat pun terkedu
Syukur takat TPM maju

Hikmah laluan masa lalu
Bau kentut akhirnya hidu
YB dan tokoh PKR malu
Keluar PKR telah berlaku

Yang setia tegar ketemu
Kata-buat anwar tak ragu
Tiap luahan anwar setuju
Si kancil maksum, peraku

Demi kuasa politik dituju
Terlihat PAS tiada kuku
Dulu slogan Islam dipalu
Kebajikan diguna terbaru

Adakah ini cetus mat sabu
Timbalan presiden baharu
Dipuja mat indera bertalu
Senada DAP gaya begitu

Sejarah politik tidak tipu
PAS dan DAP tak sebulu
Musuhi BN jadi halatuju
Akal kancil, anwar padu

Asas pakatan hanya lagu
Hormati antara parti perlu
Kata DAP dan PKR diaku
PAS akuri sahaja berlaku

Demi undi bukan melayu
Apa sahaja PAS buat laku
Bukan Melayu dipuji selalu
Beza sebelum depa sekutu

Menjelang PRU13 berlaku
Pada semua pengundi seru
Ala sesumpah awas selalu
Pakatan lemah usah setuju

Berbeza BN punya halatuju
Bermula Perikatan, bersatu
Peranan semua kaum padu
Tersurat dan tersirat sekufu

Sejak merdeka, bukan baru
Tahun 1957 diingati selalu
Menjelang PRU13 tunggu
Minda terbuka amat perlu

PRU12 menyentuh kalbu
Kerana tertipu janji palsu
BN difitnah bagai peluru
Ramai pengundi dikeliru

Tsunami politik terpaku
Lawan BN senyum selalu
Sedar BN akan silap laku
Najib kini jadi penghulu

Anggota BN kena bersatu
Perangai cas keting sembilu
Wajar punya sifat cemburu
Pada Pakatan awas selalu

serling
[14.11.2011]
isnin
…......

Wednesday, November 2, 2011

KAMI REDHA !


BUAT IBU DIKASIHI

17.10.2011 peringati
1.40 pagi ibu kembali
Ketetapan Allah akuri
Kami redha ibu pergi

Kubur Seniang lokasi
Sebelum zohor semadi
Hampir pusara famili
Bonda, kandanya dekati

16.10.2011 malam ukiri
Giliran hamba menemai
Di KMC, ibu rehat diri
Ayah, isteri, along sertai

Di HTAA 4-9.10.11 lagi
Ke KMC 9.10.11 mulai
Anak, menantu dan famili
Sedara dan rodong ziarahi

Adik dan ipar silih-ganti
Ibu di hospital, ditemani
Juga ayah setia tunggui
Terbaik dari Allah hajati

Tetap ingati ibu berperi
Setakat telingga dengari
Syukur sefamili harmoni
Harap dikekalkan situasi

Tiada bezakan ahli famili
Anak dan menantu kasihi
Cucu dan cicit bersekali
Serupa di mata dan hati

Dulu, Hari Raya Aidilfitri
Tika ibu masih ada rayai
Beza Aidiladha akan lalui
Ketiadaan ibu amat dirasai

Semoga Allah merahmati
Kalangan solehah kategori
Kata dan amanat teladani
Jadikan amalan generasi

Jasa didikan ibu terbukti
Anak-anak ibu berdikari
Razeki halal buat famili
Keredhaan Allah pohoni

Alfatihah ....
buat ibu dikasihi

serling
[02.11.2011]
rabu
…..