Saturday, October 31, 2009

YB TERSAYANG ? ( 3 )

TERSURAT DAN TERSIRAT ?

Terkenal dengan kelantangan
Tiada kecualian hala serangan
YB BN wakili kinabatangan
Bung moktar tidak seorangan

Seorang YB Pas dari Marang
Dulu MB Terengganu pegang
Hanya sepenggal rasai senang
Hadi awang kini kurang garang

Menang PRU12 di setiawangsa
YB BN solo yang tidak kecewa
Formula apakah di bandar raya
Pada zulhasnan, pengundi suka

Parlimen kuantan beliau wakili
YB PKR fauziah lunak berjanji
Dalih bukan PKR kuasai negeri
Ofis jalan beserah mana pergi

Perbuatan beliau amat melulu
Nizar MB Pakatan Perak dahulu
YB Pas Bukit Gantang tak malu
Selepas sumpah pekikan bertalu

Nampak lembut sekali pandang
Rajin Ismail Sabri turun padang
YB BN Parlimen Bera sekarang
Di bahunya perihal harga barang

KM DAP bukannya sebarangan
Cakap dan buatnya setentangan
Terhadap Utusan keras larangan
Kata ‘bebas’ guan eng pancingan

serling
[31.10.09]
sabtu
….

Wednesday, October 28, 2009

YB TERSAYANG ? ( 2 )

TERSURAT DAN TERSIRAT ?

Jadi jurumudi dewan rakyat
Pabila Speaker giliran rehat
YB BN Wan Junaidi cermat
Dari santubong tidak dekat

YB Pas kerap kontroversi
Khalid samad tidak peduli
Perkataan ‘Allah’ disensasi
Parlimen shah alam wakili

Anak mantan PM keempat
Kawasan jerlun ditempat
YB BN mukhriz khidmat
Timbalan menteri amanat

Orang kuat penasihat parti
Kawasan gombak diwakili
Popular YB PKR azmin ali
Motif politiknya diketahui

Di johor bahru,YB selamat
Kepada shahril sayang amat
Era pak lah, geraknya ligat
Wakili BN masih semangat

Kulim-bandar baharu wakili
Tiket PKR mendapat kerusi
Zulkifli Noordin prinsip diri
Berbahas kata walau separti

YB DAP Tan Seng Giaw kuat
Bahasa melayunya tidak pelat
Sokong atau protes bertempat
Majoriti di kepong arah minat

serling
[28.10.09]
rabu
….

Tuesday, October 27, 2009

TRAGEDI KUALA DIPANG !

LEBIH BERHATI-HATI !

Berniat suci jadi tragedi
Pada murid beri motivasi
Kuala depang malam tadi
Titi gantung tidak fungsi

Murid mati lemas hantui
Baru satu mayat ditemui
Angka tepat tidak pasti
Kurang sebulan usia titi

Siaran berita TV diikuti
Panjang umur yang pasti
Yang terselamat syukuri
Dua mangsa masih cari

Lebih 200 peserta sertai
Pusat kokurikulum lokasi
Berpuluh sekolah wakili
Keizinan ibubapa dapati

Apabila prosedur patuhi
Senjak sebelum aktiviti
Hingga peserta kembali
Tidak perlu gundah hati

Ramai guru libatkan diri
Banyak aktiviti dikendali
Bersama murid di lokasi
Tinggalkan famili sendiri

Dilemma yang guru alami
Tragedi yang tetiba terjadi
Akan ada menunding jari
Ngapa tak buat itu dan ini

Motivasi 1Malaysia uari
Keharmonian tetap bajai
Suasana berkem menepati
Tanpa ibu bapa berdikari

Jawatankuasa siasat jadi
KPPM sendiri mengetuai
Kebetulankah asal negeri
Kena telus tiada sembunyi

Ibu bapa mangsa tragedi
Ketentuan Allah warnai
Lemah kita dikenalpasti
Elak berulang begitu lagi

Duga Allah usah ungkiti
Murid tahap dua tempuhi
Yang truma kena dekati
Murid dan guru bersekali

serling
[27.10.09]
selasa
…..
p/s:
Bernama.com:27 Oktober, 2009;15:32 PM:
“Tindakan Nekad Guru Dan Pengawal Selamatkan Ramai Murid Daripada Lemas”

Friday, October 23, 2009

YB TERSAYANG ? ( 1 )

TERSURAT DAN TERSIRAT ?

Perihal YB pilihan rakyat
Banyak cerita bunyi hebat
Ada dilaporkan sakit tenat
Juga ada rasa tak selamat

TS Isa YB BN terbaharu
Bagan pinang tersyahdu
Hikmah PRK N31 tentu
Berhati jangan buru-buru

Politik di kelantan hayati
Parlimen Machang warnai
Wakil Bebas, Ibrahim Ali
Dengan Pas selalu kelahi

V.Sivakumar YB Tronoh
ADUN DAP tak senonoh
Lagak masih kuasa penuh
Pada sultan acuh tak acuh

Bagai telur hujung tanduk
Ahli Parlimen Batu duduk
Denda dan penjara ditusuk
Gigit polis kelakuan buruk

Pada Ku Li usah kita lupa
Wakili Gua Musang setia
Pernah bendera S46 guna
Pabila suara, menong kita

Peristiwa bersejarah ingati
Suami suruh isteri berhenti
Gelaran YB, anwar dapati
Tanding di tempat sendiri

YB nik aziz juga tok guru
Jadi MB Kelantan tak jemu
Pada Ibrahim ali tak selagu
Nik aziz kata, ramai keliru

Banyak lagi cerita riwayat
Hal individu wakil rakyat
Lain kali, YB lain disakat
Elak KPI YB cemari lalat

serling
[23.10.09]
jumaat
.....

Monday, October 19, 2009

CERMIN DIRI ?

REDA FIKIR PENAT !

Cermin diri frasa motivasi
Sama erti muhasabah diri
Selalu digunakan hasan ali
Sebelum terpilih YB kini

Sebelum jadi YB Pas dulu
Hasan disebut murid-guru
Bergeraklah ke hilir-hulu
Ibubapa dan murid tunggu

Macam pelanduk dan jerat
Pelanduk lupa, jerat ingat
Sengaja atau sibuk sangat
Pandai hasan ali memikat

Bukanlah luar biasa terjadi
Confirm di A, tapi B pergi
Tempat B bayar lebih lagi
Kebetulan ataupun strategi

Hasan ali dan anwar sebulu
Rentak anwar jadi halatuju
Dalam PR@PTR mereka sekupu
Mudahkan misi elak diragu

Mahfuz omar geraknya ligat
Hebat bercakap kurang buat
Ciri pembangkang diperlihat
Mulut - telinga untuk debat

Di N31 bijakasana pengundi
Pada TS Isa sokongan beri
BN menang tokok majoriti
Lekeh pengundi, Pas gemari

Kehendak Allah, Pas tak tahu
Undi Pas janji syurga melulu
Janji syurga susutkan duaribu
Bila pengundi mati baru tahu

Pengundi sekarang otak ligat
Hidup sebelum mati manfaat
Suruh serta tegah Allah taat
Tidak hanya undi Pas berkat

Gerakbuat Pas mohon jauhi
Minda pengundi dikelaburi
Ajaran sesat Pas taburjanji
Undikan Pas, syurga temui

Hanya Allah sempurna tahu
Sifat manusia lintasan kalbu
Boleh janji apa yang mampu
Janjikan kerja Allah, melulu

Salah buat Pas menyenggat
Kerjabuat menakutkan umat
Zaman tok guru sehala tamat
Pengundi reda berfikir penat

PAKU tamat bergaya sekali
Pinda perlembagaan setujui
Semoga UMNO@BN direstui
Hasil merdeka sama kecapi

serling
[20.10.09]
selasa
.....

Tuesday, October 13, 2009

REALITI I S A !

MUSLIHAT TENTANGAN !

Guan Eng pamer aksi
Akta ISA dia sanggahi
Signboard khas berdiri
Kepada BN cucuk benci

Kata akan dirikan lagi
Bazir wang kontroversi
Parlimen kita berfungsi
Tapi aggresif probokasi

Lupa amalan demokrasi
Atau keras kepala amali
ISA halang penting diri
Muslihat umum dahului

Sifat majmuk kita akui
Hidup kena berharmoni
Jika celupar mulut aksi
Probokasi jurus kelahi

Guan Eng tak bersendiri
Selain DAP mengepalai
PKR dan Pas ikut sekali
Survival pakatan gagahi

Tanpa isu ISA gendangi
Kecuali BN disasar benci
Tiada isu lain depa sehati
Dalam hati curiga tinggi

Banyak rakyat dikaburi
Berapakah ISAkan kini
Yang pasti sedikit sekali
Kalau kelayakan tepati

Andaikata buat analogi
Pada polis pencuri benci
Polis lembek amat sukai
Tiada ISA mudah racuni

Sejak dulu telah terbukti
Macam BOMBA beraksi
Panas baran, suhu suruti
Bila normal, bebas nanti

Dihalang sebelum terjadi
Landasan ISA beroperasi
USA dan Britain perakui
Kaedah biasa sukar bukti

Bersama muhasabah diri
Andai keluarga ISA alami
Carikan butiran terpeinci
Tahu tak apa, sila kongsi

Bila salahbuatnya ketahui
Janganlah pula menyusupi
Atau mereka tokok sensasi
Demi agenda jalanan parti

Keamanan cetus harmoni
Sedikit celuparan bara api
Yang celupar tidak ngakui
Marak api, mereka pi lari

Ketika ISA mula dulu lagi
Tatacara urus ISA halusi
Pindalah untuk kemaskini
Hapus ISA, gugat harmoni

serling
[13.10.09]
selasa
….
p/s:
-BERNAMA.COM:08 Oktober, 2009; 14:41 PM
“Undang-undang Pencegahan 18 Negara Dikaji”

Sunday, October 11, 2009

N.31 BAGAN PINANG ( 9 ) !

BERSAMA KEHENDAK RAKYAT !

Bersama kehendak rakyat
Slogan Pas guna menjerat
Pilihan pengundi dah buat
Hari ahad 11.10.09 dicatat

Bersama kehendak rakyat
Siap rumah, bunyi pahat
Kata melayu dulu diingat
Arah tambah baik dibuat

Bersama kehendak rakyat
Putusan pengundi hormat
Pada TS Isa rakyat angkat
Mewakili BN pilihan tepat

Bersama kehendak rakyat
Majoriti undi satu hakikat
Bukan bilangan perdebat
Tapi pengundi beri isyarat

Bersama kehendak rakyat
PRK Manik Urai teringat
Pas menangi tipis sangat
Majoriti 65 suatu hakikat

Bersama kehendak rakyat
BN terima keputusan buat
Unik Manik Urai perlihat
Undi rosak banyak sangat

Bersama kehendak rakyat
SPR buat kerja amat ligat
Aturan pilihanraya perkuat
Parti tanding saja sah lihat

Bersama kehendak rakyat
Perjalanan kempen hebat
Usaha meraih undi pergiat
Masa kempen rasa singkat

Bersama kehendak rakyat
Ditolak zulkefly keempat
Kehendak Allah kena ingat
Muhasabah diri wajib amat

Bersama kehendak rakyat
TS Isa kembali berkhidmat
Tunaikan janji telah dibuat
Moga rakyat dapat manfaat

Bersama kehendak rakyat
Tiada yang lain mengugat
Tunggu PRU 13 menyukat
Parti manakah makin kuat

Bersama kehendak rakyat
Serasikan DS najib hasrat
Satu Malaysia murni niat
Beza politik tidaklah sekat

Bersama kehendak rakyat
Cari-carik bulu ayam ikat
Bersatu rakyat satu nikmat
Semoga Malaysia selamat

serling
[11.10.09]
ahad
…..
p/s:
(SUMBER: SPR-melalui Berita RTM1 jam 8.00 mlm)
Keputusan Rasmi PRK N.31 Bagan Pinang
-TS Isa Samad = 8,013 undi
-Zulkefly M. Omar = 2,578 undi
-Pemenang –> TS Isa Samad
-Majoriti = 5,435 undi
(majoriti PRU12 = 2,333 undi)

Thursday, October 8, 2009

N.31 BAGAN PINANG ( 8 ) !

YAKIN MENANG ?

Hadi yakin Pas menang
N.31 PRK Bagan Pinang
Pada pemberita dicanang
Selepas betemu 20 orang

Hadi temu bekas tentera
Bilangan hadir sikit saja
Tersurat senang meneka
Tersirat pengundi kuasa

Kata majlis ramah mesra
Presiden Pas sendiri ada
Salahudin juga ikut sama
Pancing undi hasrat hala

Tidak banyak pilihan ada
Selaku presiden sendiwara
Walau dihati kecil percaya
Andai BN tewas luar biasa

Yakin kuasa Allah belaka
GanjaranNYA ikut usaha
Tangan pengundi berjasa
Pilihan BN atau Pas sahja

Kepada petugas BN pula
Usahlah kalian buat leka
Ceramah Pas kosong aja
Pas ziarah rumah, ubaya

Ciri sesumpah Pas nyata
Pada Melayu janji syurga
Bukan bumi, ‘for all’ pula
Sebab Pas ditolakkan saja

Hadi selaku presiden caya
Rakan P R aktif gerakerja
Kempen bandar dan desa
Gerakerja BN bagaimana

Sikap ‘yakin menang’ bala
Dalam perlawanan duahala
Analogi Badminton sedunia
Menang atau kalah serupa

Perlu ‘boleh menang’ rasa
Tanpa rasa, enggan usaha
Sifat undian sendiri rahsia
Pengundi sangat berkuasa

Hari ini undi pos bermula
Kedua calon jenguk sama
Agen calon saksikan segala
Esok hari sambung semula

Perlu sifat menang-menang
Pengundi dan calon senang
TS Isa tak boleh kecundang
Pastikan khidmat cemerlang

serling
[08.10.09]
khamis

p/s:
UM:08.10.09:khamis:
-“Hadi yakin Pas menang”
-“Pengundi pos mengundi hari ini”

Tuesday, October 6, 2009

N.31 BAGAN PINANG ( 7 ) !

LIDAH CABANG ?

Jikalau Pas menang
PRK Bagan Pinang
Salahuddin canang
N.P Pas temberang

Mudah Pas berjanji
Kerana tidak tepati
Berjanji air liur basi
Ikrar PRU 12 lupai

Lihat negeri kuasai
Dalam P R dikongsi
Rakyat tunggu janji
Banyak helah bunyi

Ada negeri, air free
Ikut sukatan diberi
Kena caj melebihi
Air free, auta diaksi

PRK ini satu kerusi
Berjanji tak halangi
Berfikirlah pengundi
Bolehkah Pas tepati

Jika Pas memenangi
Pengundi tagih janji
Mudah jawapan beri
Kuasa kerajaan negri

Cekalkan dalam hati
TS Isa calon BN undi
Pastikan BN menangi
Senada kerajaan negri

PRK di Bagan Pinang
Biar menang-menang
BN dan rakyat senang
Wajar Pas kecundang

serling
[05.10.09
isnin
…..
p/s:
BH:05.10.09:ISNIN:mutakhir:
-“Pas dedah isu kebajikan tentera esok: Salahuddin”
”……………Katanya, jika Pas menang di Bagan Pinang, masalah itu pasti ditangani supaya Port Dickson terus menjadi bandar pelancongan yang bebas daripada pencemaran dan projek terbengkalai. “……. BH: 05.10.09: ISNIN : mutakhir

Saturday, October 3, 2009

USAH MENGASARI !

JAUHI PAHIT DULU !

Hanya BN lawan Pas jadi
Calon bebas gagal tandingi
Dari PKR keluar parti akui
Lakonan Pas dan PKR ini ?

PRU10, 11 & 12 dia lalui
Di DUN lenggeng masuki
Ketiga-tiga tewas zulkefly
Kini PRK N31 ditandingi

Sifat Pesuruhjaya Negeri
Arahan parti sedia patuhi
Soal menang ingin sekali
Jikalau kalah, biasa alami

Matlamat halal cara diaksi
Kata-kata hadi kena halusi
Akan guna buah sulit nanti
Usaha tarik sokongan undi

Watak sesumpah, Pas aksi
Begitukah buah sulit hadi
Pada melayu, syurga janji
Bukan bumi, ‘for all’ uari

Gerakerja Pas sama ulangi
Rumah pengundi kunjungi
Berwatak sesumpah lakoni
Ahli UMNO/BN digoyangi

Setiap PRU & PRK tandingi
Gerakerja Pas patut contohi
Penyokong rajin mengundi
Dekat seratus peratus hadiri

Calon BN pastikan menangi
Patut tingkat jurang majoriti
Ruang dan peluang pegangi
Kerjabuat lebihi cakap mesti

Cakap dan buat wajib selari
TS Isa jangan selesakan diri
Lapor petugas kena selidiki
DS Najib pahit dulu hayati

Sulit pertama strategi hadi
Ketika nama calon hari ini
Diaturkan penyokong tadi
Celahan mereka kena lalui

Kerana janji syurga dilagui
Jihad ahli Pas sukar jangkai
Tidak hairan probokasi jadi
Peminpin UMNO dikasari

Tidak hairan hari undi nanti
Jika pengundi BN kecut hati
Balik rumah takut mengundi
Banyak bilangan, jejas undi

Ajar pengundi kita hati-hati
Jangan naik kereta tersangsi
Salah peti undi dibawa nanti
Urus pengundi kita hal mesti

Kempen cara individu jauhi
Peranan saksi amat diingini
Kempen berkumpulan mesti
Kamera digital bawa sekali

Dijaja ‘anu’, puteri melalui
Hingga ke mahkamah adili
Si penunjuk ‘anu’ tetap nafi
Moga gila ini tidak diulangi

TS Isa dan Zulkefly tandingi
Dengan restu parti mewakili
Tindaktanduk petugas awasi
Sesama kita usah mengasari

serling
[03.10.09]
ahad
…..
p/s:
BH:03.10.09:sabtu:MUTAKHIR
-“Suspek tumbuk Abdul Azeez belum dikenalpasti”
-“Sikap penyokong Pas tidak cerminkan Islam:TPM”
-“Hadi akui sukar untuk Pas menang di Bagan Pinang”
-“Pilih calon, parti terbaik demi kepentingan rakyat:PM”
-“Zulkefly akui bukan anak tempatan Bagan Pinang”
-“Isa percaya pengundi Bagan Pinang beri sokongan.”