Thursday, October 8, 2009

N.31 BAGAN PINANG ( 8 ) !

YAKIN MENANG ?

Hadi yakin Pas menang
N.31 PRK Bagan Pinang
Pada pemberita dicanang
Selepas betemu 20 orang

Hadi temu bekas tentera
Bilangan hadir sikit saja
Tersurat senang meneka
Tersirat pengundi kuasa

Kata majlis ramah mesra
Presiden Pas sendiri ada
Salahudin juga ikut sama
Pancing undi hasrat hala

Tidak banyak pilihan ada
Selaku presiden sendiwara
Walau dihati kecil percaya
Andai BN tewas luar biasa

Yakin kuasa Allah belaka
GanjaranNYA ikut usaha
Tangan pengundi berjasa
Pilihan BN atau Pas sahja

Kepada petugas BN pula
Usahlah kalian buat leka
Ceramah Pas kosong aja
Pas ziarah rumah, ubaya

Ciri sesumpah Pas nyata
Pada Melayu janji syurga
Bukan bumi, ‘for all’ pula
Sebab Pas ditolakkan saja

Hadi selaku presiden caya
Rakan P R aktif gerakerja
Kempen bandar dan desa
Gerakerja BN bagaimana

Sikap ‘yakin menang’ bala
Dalam perlawanan duahala
Analogi Badminton sedunia
Menang atau kalah serupa

Perlu ‘boleh menang’ rasa
Tanpa rasa, enggan usaha
Sifat undian sendiri rahsia
Pengundi sangat berkuasa

Hari ini undi pos bermula
Kedua calon jenguk sama
Agen calon saksikan segala
Esok hari sambung semula

Perlu sifat menang-menang
Pengundi dan calon senang
TS Isa tak boleh kecundang
Pastikan khidmat cemerlang

serling
[08.10.09]
khamis

p/s:
UM:08.10.09:khamis:
-“Hadi yakin Pas menang”
-“Pengundi pos mengundi hari ini”

No comments: